Mereka kata saya ‘kacip’, ambil barang - Fahimi Rahmat - Utusan Malaysia

Mereka kata saya ‘kacip’, ambil barang – Fahimi Rahmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Fahimi Rahmat, 28, meluahkan rasa tidak senang apabila dirinya sering disalah sangka mengambil barang terlarang.

Menurut Fahimi, keadaan itu seakan sinonim dengannya dan kemungkinan berpunca daripada pandangan orang terhadap bentuk fizikalnya.

“Saya tak tahu kenapa ramai orang, terutama apabila membaca komen-komen di media sosial, mereka kata saya ‘kacip’, saya ambil barang.

“Saya tak faham kenapa. Maaf cakap, saya ini bukan seorang perokok, apatah lagi nak ambil ‘barang’. Jadi saya tak faham kenapa orang cakap saya ‘kacip’.

“Mungkin sebab mata kepenatan saya ini kot yang membuatkan orang nampak macam saya ini ambil barang atau penagih,”katanya dalam sebuah podcast, Bukak Mulut, baru-baru ini.

Jelas penyanyi lagu Angau ini, sehingga kini tanggapan itu seakan sukar dikikis meskipun dia telah cuba menepis.

“Saya tak faham kenapa orang masih cakap begini. Hal ini juga terjadi apabila ada kejadian di mana saya ditahan pihak polis dalam satu sekatan jalan raya.

“Polis yang bertugas pada malam tersebut tahan saya dan tanya kalau buat ujian air kencing ini lepas tak? Saya yakin sahaja jawab lepas sebab memang tak ambil barang terlarang.

“Mungkin saya pun nampak macam mengantuk, polis itu pun cuma menjalankan tugasnya,”katanya.

Dalam pada itu, Fahimi berkata, dia tidak mempunyai kuasa untuk menutup mulut orang andai ada yang mudah menghakimi dirinya.

“Sebenarnya saya ini suka makan sikit. Mungkin disebabkan itu saya nampak kurus dan kadang-kadang saya tidur lambat sebab itu mata saya sembab.

“Tapi apa yang orang hakimi kita ini kita pun tak boleh tutup mulut mereka. Dia punya hak nak cakap apa yang dia rasa atau sebelum dia fikir, itu dia.

“Tapi di akhirnya nanti, kita lebih tahu kita macam mana. Kalau orang nak cakap pasal kita, dia tak tahu pun siapa kita. Jadi kenapa nak kisah pasal orang, dia tiada pun dalam kehidupan kita,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya