Kini penerbit, Ako Mustapha kembali gabungkan Jozan - Utusan Malaysia

Kini penerbit, Ako Mustapha kembali gabungkan Jozan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Pelakon, Ako Mustapha, meluahkan rasa teruja apabila bakal menerbitkan filem pertamanya, ‘Baik Punya Ah Long’ yang dijangka menemui penonton akhir tahun ini.

Jelas Ako atau Muhaizad Ahmad Mustapha, 53, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bergelar penerbit dan mengikuti jejak langkah idolanya, Tom Cruise.

“Saya kini sudah menerbitkan satu filem romantik komedi yang diarahkan Datuk Afdlin Shauki. Penggambaran sudah selesai dilakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan beberapa tahun lalu.

“Sekarang, filem ini sedang dalam fasa pasca produksi kerana kami berdepan cabaran dari aspek teknikal memandangkan naskhah ini ialah filem dengan konsep muzikal.

“Apa yang boleh saya kongsikan, selepas tengok rakaman belakang tabir, ia filem yang bagus. Apalagi kami tampilkan pengarah muzik berkaliber yang terus merubah aura filem ini menjadi lebih lengkap,” katanya.

Ako berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis sambutan ulang tahun kedua ST Rosyam Mart cawangan Sungai Buloh, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, filem Baik Punya Ah Long bakal kembali menampilkan gabungan duo pelakon komedi Jozan dalam satu layar.

“Pelakon utama filem ini ialah Zizan Razak dan Johan. Ini adalah kali pertama mereka bekerjasama sebagai satu pasukan. Sebelum ini mereka selalu tampil sebagai dua pihak yang bergaduh dan saling berlawan.

“Pemilihan Jozan adalah tepat kerana mereka bukan sahaja terkenal, tetapi juga bijak membuat penonton ketawa. Banyak sahaja lawak dalam naskhah ini yang mereka lakukan improvisasi,” jelasnya.

Tidak berhenti di situ, pelakon Buli Balik ini juga sedang dalam perancangan untuk mencari dana bagi menerbitkan filem keduanya.

“Saya sebenarnyamempunyai idea untuk menerbitkan sebuah lagi filem. Sekarang saya sedang mencari pihak yang mahu melabur dalam filem ini.

“Satu kebaikan bila terjun ke dalam bidang perniagaan makanan ialah saya berkenalan dengan ramai orang yang berduit. Namun, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dengan duit itu.

“Jadi, jika filem ini menjadi, sayalah yang akan membintangi watak utamanya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya