Kami tidak ada masalah dengan Wany Hasrita - Pengarah Urusan FMC - Utusan Malaysia

Kami tidak ada masalah dengan Wany Hasrita – Pengarah Urusan FMC

Wany Hasrita
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penamatan kontrak penyanyi, Wany Hasrita dengan syarikat rakaman FMC Music bukan berpunca daripada wujudnya masalah atau salah faham antara kedua-dua pihak.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Urusan FMC Music, CF Ho, yang turut mengakui pihaknya perlu melancarkan single terakhir Wany yang berjudul Noktah Rindu meskipun penyanyi tersebut sudah tidak lagi bernaung di bawah syarikatnya.

“Memang benar pihak FMC baharu sahaja melancarkan lagu Noktah Rindu nyanyian Wany dan ia dilakukan selepas kontraknya tamat dengan kami. Tetapi, ingin saya jelaskan, ia dilakukan bukan kerana strategi pemasaran.

“Sebenarnya, tiada langsung perancangan begitu kerana saya fikir Wany akan sambung kontrak bersama FMC Music. Sepanjang bersama, tiada langsung masalah antara pihak FMC dan Wany. Semuanya berjalan dengan baik.

“Kami juga berharap Wany terus bersama kami. Namun begitu apa-apa pun keputusan ditentukan oleh Wany sendiri. Dan kebetulan judul lagu Noktah Rindu seakan-akan membayangkan hubungan rasmi kami terhenti di sini,”katanya.

Pada masa yang sama, kata CF Ho, pihaknya sentiasa terbuka menerima kehadiran Wany seandainya dia menyatakan hasrat mahu kembali bernaung di bawah FMC.

Berkongsi lanjut, kata CF Ho, lagu Noktah Rindu telah dirakamkan Wany semasa pandemik Covid-19 dan terpaksa ‘diperam’ sebelum dilancarkan kini.

“Kita mula dengan lagu cinta dan kita melepaskan Wany juga dengan lagu cinta. Sebenarnya, lagu ini sudah dirakamkan sewaktu pandemik covid yang lalu, tetapi kami simpan dahulu kerana nak cuba genre yang berbeza,”katanya.

Noktah Rindu merupakan ciptaan sepenuhnya Goufran dan Ibnu dan merupakan single terakhir Wany Hasrita bersama FMC Music.

Ketika di awal kemunculan, Wany tampil dengan lagu duet berjudul Memori Berkasih (versi baharu) dengan penyanyi berasal dari Korea Selatan, Kim Dong Gyun, pada tahun 2016.

Populariti Wany kemudiannya meledak menerusi lagu Menahan Rindu yang turut melayakkannya bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32).

Sepanjang lapan tahun bersama FMC Music, Wany Hasrita telah menghasilkan 10 buah lagu solo (termasuk Noktah Rindu), 10 buah lagu duet, enam buah lagu raya dan tiga buah lagu duet saduran termasuk lagu Bakawali duet bersama Datuk Jamal Abdillah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya