Justin namakan anak sulung Jack Blues Bieber - Utusan Malaysia

Justin namakan anak sulung Jack Blues Bieber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGLES : Penyanyi sensasi antarabangsa, Justin Bieber dan isteri, Hailey mengumumkan mereka kini telah bergelar ibu bapa sejurus selepas kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Tanpa memberitahu tarikh kelahiran secara spesifik, Justin bagaimanapun memaklumkan bahawa dia dan isteri gembira dengan kehadiran cahaya mata lelaki mereka itu.

Menerusi perkongsian yang sama, Justin memaklumkan dia dan Hailey menamakan anak mereka sebagai Jack Blues Bieber.

Pada 9 Mei lalu, Justin dan Hailey berkongsi berita kehamilan mereka di Instagram dengan video berinspirasikan filem bersama pembaharuan ikrar perkahwinan mereka.

Penghibur yang juga pemenang anugerah Grammy dan pengasas Rhode sememangnya sangat teruja untuk memulakan keluarga sejak mereka mengikat tali pertunangan pada 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN