Jangan terlalu seronok melihat orang bercerai-berai - Nora Ariffin

Jangan terlalu seronok melihat orang bercerai-berai – Nora Ariffin

nora
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menasihatkan pengikutnya agar tidak meraikan ujian rumah tangga yang sedang dialami oleh orang lain.

Menurut Nora, setiap individu tidak boleh menghakimi hal rumah tangga orang lain sekiranya tidak mengetahui kisah sebenar yang berlaku.

“Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai berai, sebab kita pun tak tahu hal sebenar.

“Juga kita pun tak tahu perancangan Allah SWT dan nasib kita di kemudian hari,”katanya ringkas menerusi perkongsian di Instagram Story (igs).

Terdahulu, teka-teki mengenai rumah tangga Datuk Nora Ariffin yang dikatakan goyah akhirnya terjawab apabila penyanyi itu telah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli.

Lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video yang dikongsi penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu menerusi laman Instagram, pada petang Isnin.

Spekulasi mengatakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menyangkalnya.

Nora berkata, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

Untuk rekod, penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021.

Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.

Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN