PETALING JAYA: Pelakon dan Penyanyi, Hannah Delisha meluahkan rasa syukur apabila mendapat kepercayaan daripada jenama Conboo untuk menjadi duta kepada produk kecantikan tersebut.
Menurut selebriti kelahiran Singapura itu, dia berasa teruja untuk berkongsi kebaikan dan kualiti produk itu kepada semua golongan masyarakat.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat teruja dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta produk Conboo.
“Saya bersetuju menerima tawaran ini kerana percaya pada nilai dan kualiti produk Conboo, selepas saya mencuba Beau3 Milk sendiri,” katanya.
Menurut pelakon Andai Itu Takdirnya, perkara utama yang menjadi pertimbangan dirinya sebelum menerima sesuatu tawaran adalah sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan.
“Saya selalu fikirkan sejauh mana tawaran itu selaras dengan nilai-nilai peribadi dan reputasi jenama yang ditawarkan,” katanya.
Ditanya mengenai dirinya dikatakan wajah pelaris untuk sesuatu jenama yang diwakili, Hannah meluahkan rasa syukur.
“Alhamdullilah, saya berasa bersyukur dan gembira jika boleh membantu jenama dengan cara positif.
“Tetapi juga percaya bahawa kejayaan sesuatu jenama adalah usaha bersama yang membabitkan banyak pihak.
“Conboo adalah untuk semua orang. Sama ada anda seorang selebriti, usahawan, suri rumah, pelajar atau sesiapa sahaja yang bermimpi untuk menjalani kehidupan yang yakin dengan mempromosikan gaya hidup sihat, produk ini direka khas untuk anda,” katanya.
Dihasilkan dengan ramuan premium semula jadi terdiri daripada madu manuka, ekstrak sarang burung, serbuk mutiara, vitamin C, glutation, susu kambing, ekstrak biji anggur, ekstrak kurma,krimer dan stevia.
Produk itu mampu memberi manfaat dari segi kecantikan dalaman dan luaran, selain membantu mengekalkan kesihatan pengguna.