Fikiran awak yang kotor, anak saya tak sebut benda lucah - Zarina Zainuddin - Utusan Malaysia

Fikiran awak yang kotor, anak saya tak sebut benda lucah – Zarina Zainuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Zarina Zainuddin, terkilan apabila ada segelintir warganet menuduh dirinya sengaja mengaibkan anaknya, Azal, menerusi sekeping video yang dikatakan berunsur lucah baru-baru ini.

Tegas Zarina, mereka yang membuat tuduhan seperti itu kemungkinan tergolong dalam kategori orang yang berfikiran kotor sehingga tergamak mengeluarkan kata-kata tidak baik terhadap dirinya dan Azal.

“Orang yang mengata dan mengutuk saya itu, mereka tak faham. Instagram adalah medium saya menyampaikan kesedaran kepada orang ramai dari kaca mata saya sebagai seorang ibu yang mempunyai anak autisme.

“Menerusi video itu, orang mengutuk dan kata saya aibkan anak dan kaitkan dengan benda lucah. Anak saya tak cakap lucah, kalau awak rasa lucah, maka fikiran awaklah yang kotor.

“Ada dihujung video itu saya nasihatkan kepada Azal supaya jangan buat benda tak elok, jangan tengok benda tak elok. Tapi orang tak fokus pada apa yang saya nasihatkan itu,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Jelas Zarina lagi, dia cuma berkongsi mengenai situasi dan cabaran yang dialami oleh ibu bapa yang mempunyai anak autisme yang telah dewasa bagi memberi kefahaman kepada orang ramai.

“Anak saya sebut perkataan keras dan gajah, adakah itu mengaibkan? Lainlah kalau saya suruh dia buka seluar atau buat benda bukan-bukan. Sebab itu sebagai ibu saya nasihatkan dia.

“Kadangkala, kita pun tak tahu apa anak kita buat kalau dia berkurung dalam bilik dan kita pula tak ada sepenuh masa denganya 24 jam kalau sedang sibuk di dapur dan sebagainya.

“Bukanlah saya nak tegakkan benang yang basah sebab saya tahu anak adalah tanggungjawab kita. Tetapi orang yang mengutuk dan mengata itu, mereka tak berada di tempat saya dan tak ada anak autisme,”katanya.

Dalam pada itu, kata Zarina, dia enggan melayan komen-komen negatif warganet yang tidak sefahamannya dan memilih untuk tetap memberikan kesedaran mengenai autisme menerusi platform Instagramnya.

Baru-baru ini,pelakon ini telah memuat naik video anak lelakinya iaitu Azal bercerita mengenai alat sulitnya yang kemudiannya mengundang kecaman ramai dan menyifatkan Zarina sebagai seorang ibu yang tidak sensitif.

Malah, kerana video itu juga Zarina dituduh sebagai seorang ibu yang sengaja mengaibkan anak-anaknya di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya