Fara Salleh luah menyesal kahwin dengan Shuk Sahar? - Utusan Malaysia

Fara Salleh luah menyesal kahwin dengan Shuk Sahar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar, iaitu Fara Salleh, memberi gambaran bahawa dia banyak memendam rasa sedih dan kecewa sepanjang mendirikan rumah tangga dengan lelaki tersebut.

Perkara itu diluahkan oleh Fara menerusi platform Thread yang kebelakangan ini menyaksikan beberapa luahan perasaan dibuat oleh wanita ini merujuk kepada hubungannya dengan Shuk.

“Menyesal kahwin is so real,” tulisnya sekali gus mengundang pelbagai spekulasi.

Tinjauan Utusan Malaysia di ruangan komen mendapati, ada antara pengikutnya kembali menyalahkan Fara yang didakwa menjadi punca perceraian rumah tangga Shuk dengan bekas isteri, Rossa Sera.

Membalas semula komen tersebut, Fara bagaimanapun menafikannya selain mendakwa suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain juga ketika itu.

“Saya tak pernah rebut dia awak, dan dia bukan ada saya sorang ya kalau nak tahu zaman itu boleh tanya sendiri tuan badan yang buat dakwaan itu. Allah saksi saya. Dan dalam kalangan kawan dia pun tahu benda ini.

“Saya simpan semua perbualan dia dengan dengan wanita lain juga! Saya bukan punca. Saya tak pernah bersuara pasal ini dan selama ini saya diam,” luahnya.

Berikutan itu, kalangan warganet menyifatkan Fara seakan sudah tidak dapat bertahan dengan sikap Shuk dan menasihati wanita itu agar mencari punca perubahan suaminya.

Dalam pada itu, Fara memberitahu suaminya lebih mempercayai rakan dan sentiasa menolak untuk bertemu dengan pakar kauseling.

“Dia lebih percaya kawan dia, melindungi kawan dia, dah banyak kali ajak pergi kaunseling dia tak nak, dia baran sangat-sangat tapi kalau orang lain dia tak macam ini,” ujarnya.

Sementara itu, Fara juga membalas salah satu komen netizen dengan mengatakan dia berharap agar suaminya menyedari tentang kenyataan yang dikeluarkan dan mengambil keputusan untuk menceraikannya.

“I hope he realize my statement and divorce me (saya harap dia nampak kenyataan ini dan menceraikan saya,” katanya lagi.

Utusan Malaysia mencuba untuk menghubungi Shuk untuk mendapatkan kenyataan tetapi menemui jalan buntu apabila pelawak itu tidak memberi respons.

Dalam pada itu, perkongsian di Thread itu juga telah dipadam oleh Fara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya