Ean, Haniff kini keluarga baharu Fly FM - Utusan Malaysia

Ean, Haniff kini keluarga baharu Fly FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bagi memastikan kualiti penyampaian dan bahan kandungan lebih segar, Stesen radio berbahasa Inggeris milik Media Prima Audio (MPA), Fly FM, mengumumkan penampilan Ean dan Haniff sebagai penyampai radio baharu.

Menerusi satu kenyataan, kedua-dua mereka akan mengendalikan rancangan pagi terbaharu, ‘EH! It’s Ean and Haniff On The Fly Breakfast.’

Menurut Sean Matjeraie selaku Pengarah Kandungan Fly FM, kemunculan dua penyampai radio ikonik itu pastinya akan menunjukkan perubahan terhadap strategi penyiaran yang cuba disampaikan stesen radio berkenaan.

Kata Sean, kemasukan Ean dan Haniff ke Fly FM merupakan satu langkah strategik yang mengukuhkan lagi barisan radio berbahasa Inggeris terbaik di Malaysia.

“Kami tidak sabar untuk melihat sumbangan mereka, dalam masa terdekat dan pada masa depan,”katanya.

Sementara itu, Ean yang terkenal dengan kandungan lucu serta fokusnya kepada komuniti meluahkan rasa teruja apabila dapat menjadi sebahagaian daripada projek baharu itu.

“Menyertai Fly FM berasa seperti pulang ke rumah di mana stesen radio ini mencerminkan sentimen komuniti dan peribadi saya dalam menunjukkan kesedaran sosial yang sejati.

“Saya tertarik dengan kempen mereka, seperti ’24 Hours Of Hind’s Hal’, #MacklemoreInMalaysia, untuk mengajak artis pro-Palestin itu membuat persembahan di Malaysia serta bersama-sama dalam perarakkan dalam perhimpunan pro-Palestin di Bukit Bintang tempoh hari.

“Ini adalah sebab-sebab utama mengapa saya mahu sertai keluarga Fly FM dan menjadi sebahagian daripada hala tuju Fly FM untuk menjadi jenama radio berbahasa Inggeris yang paling sering diperkatakan masyarakat Malaysia,”katanya.

Dalam pada itu, Haniff yang beralih dari stesen radio berbahasa Melayu memaklumkan bahawa meskipun agak mencabar namun, menyertai stesen radio berbahasa Inggeris merupakan impiannya sejak dari dulu lagi.

“Menyertai stesen radio berbahasa Inggeris adalah impian saya. Ini merupakan satu cabaran yang akan saya hadapi di Fly FM, sebuah stesen yang mengutamakan kandungan yang tidak mudah dilupakan dan berfokus kepada komuniti di Malaysia, sangat memberi inspirasi kepada saya.

“Buat para pendengar setia Fly FM, anda boleh dengarkan ‘EH! It’s Ean and Haniff On The Fly Breakfast’, satu rancangan pagi baharu yang penuh dengan gelak ketawa, kejutan, dan kandungan yang lokal pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 6 hingga 10 pagi bermula 5 Ogos ini,”katanya.

Antara segmen terbaharu yang boleh dinantikan termasuk segmen “wake-up call” mereka, “EH! Bangun Lah!” yang menambah sentuhan dramatik pada pagi peminat, dan “6 Degrees of Separation”, yang akan cuba untuk menghubungkan dengan personaliti antarabangsa terbesar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN