Dituduh mahu tuntut cucu daripada Bella, Ibu Aliff Aziz beri kata dua - Utusan Malaysia

Dituduh mahu tuntut cucu daripada Bella, Ibu Aliff Aziz beri kata dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berang apabila dirinya difitnah oleh seorang individu tidak dikenali menerusi hantaran di media sosial.

Menurut Hafiza, dia dan keluarga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang disebabkan tohmahan berkenaan.

“Untuk si dia yang muat naik fitnah dajjal ke atas saya, sila turunkan hantaran berkenaan.

“Jika tidak saya dan keluarga akan ambil tindakan undang-undang terhadap anda,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory, hari ini.

Sebelum itu, seorang individu memuat naik hantaran di aplikasi TikTok menuduh Hafiza mengeluarkan kenyataan bekas menantunya iaitu penyanyi Bella Astillah perlu menyerahkan salah seorang anak kepada Aliff bagi memberi keadilan kepada kedua belah pihak.

Dalam pada itu, Hafiza memberitahu dia bersedia untuk bertentang dua mata dengan pemfitnah tersebut untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Jika dia ingin berbicara dengan saya silakan, kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini,” ujarnya.

Pada Julai lalu, Hafiza dan Aliff, 33, ada memuat naik beberapa hantaran di media sosial berkongsi luahan rindu mereka terhadap Ayden dan Ara.

Untuk rekod, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anaknya iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya