Da'i Syed dan isteri timang cahaya mata sulung - Utusan Malaysia

Da’i Syed dan isteri timang cahaya mata sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti Da’i Syed iaitu pengacara Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka, semalam.

Menerusi perkongsian di TikTok, Da’i Syed melahirkan rasa syukur dengan kelahiran puteri sulung mereka yang diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

“Alhamdulillah, kami akhirnya bertiga. Perkenalkan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail, lahir pada 14 Ogos 2024 bersamaan 9 Safar 1446H,” tulisnya.

Pada perkongsian yang sama, Da’i Syed juga memohon semua pinak dapat mendoakan keluarga kecil mereka menerusi kehadiran zuriat pertama mereka itu.

“Mohon Doakan keluarga kecil kami,” tambah Da’i Syed lagi yang turut memuat naik foto anak sulungnya mereka namun wajahnya dikaburi.

Perkongsian itu menuai banyak ucapan tahniah daripada pengikutnya di media sosial selain ada antara mereka yang mengakui terkejut dengan berita kelahiran itu.

Ini berikutan Hana kurang berkongsi mengenai kehamilannya sebelum ini.

“Tak tahu bila Hana hamil, tiba-tiba dah bersalin. Masha-Allah bagus rahsiakan kehamilan takut terkena penyakit ain. Tahniah Hana, selamat berpantang.

“Tahniah Hana dan Dai Syed. Semoga keluarga kalian sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah. Untuk Hana, selamat berpantang ya.

“Rasa macam baru semalam saja Hana beritahu yang dia keguguran, tiba-tiba bersalin dah. Alhamdulillah. Masya-Allah, senyap-senyap rahsiakan kehamilan, tahu-tahu dah bersalin. Tahniah Hana,” komen warganet.

Sebelum ini, Hana pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah usia 10 minggu pada Julai tahun lalu.

Pada April lalu, Da’i Syed berkongsi khabar gembira apabila isterinya iaitu pengacara Hana Ismail sedang berbadan dua.

Untuk rekod, Da’i Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana Ismail pada 3 Disember 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN