Cardi B umum hamil anak ketiga sehari selepas fail cerai - Utusan Malaysia

Cardi B umum hamil anak ketiga sehari selepas fail cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES : Sehari selepas memfailkan cerai terhadap suaminya, penyanyi rap terkemuka antarabangasa, Cardi B berkongsi khabar gembira bahawa dia kini sedang hamil anak ketiga.

Cardi atau Belcalis Marlenis Cephus, 32, mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram dengan memaparkan fotonya dalam persalinan merah sambil memegang perutnya yang semakin membesar.

Menurut Cardi, kehamilan itu adalah penguat semangat buatnya ketika berdepan pelbagai dugaan berkaitan rumah tangganya.

“Dalam setiap pengakhiran pasti ada permulaan baru. Awak adalah bukti kasih sayang, kehidupan dan lebih penting memberi semangat baru.

“Tak sabar untuk awak menjadi saksi bagaimana awak membantu saya mencapai semua ini. Semuanya jadi lebih mudah.

“Awak, abang dan kakak mendorong saya untuk melalui semua ini,” katanya pada kapsyen foto berkenaan.

Pada Rabu lalu, Cardi memfailkan penceraian terhadap penyanyi rap Offset selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Peguam penyanyi rap berkenaan memaklumkan keputusan tersebut dibuat susulan masalah rumah tangga mereka yang berlarutan.

Pada September 2020, Cardi pernah memfailkan cerai terhadap Offset selepas anggota kumpulan Migos itu didakwa beberapa kali curang terhadapnya.

Bagaimanapun Cardi membatalkan permohonan cerai terhaap Offset selepas memaafkan perbuatannya.

Pada Disember tahun lalu, Cardi mengumumkan dia sudah berpisah dengan Offset walaupun masih dilihat bersama dan mengekalkan hubungan baik.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kulture Kiara, 6 dan Wave Set, 3 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya