Bila masa kami mengumpat? Awak yang malukan suami adalah - rakan Shuk - Utusan Malaysia

Bila masa kami mengumpat? Awak yang malukan suami adalah – rakan Shuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas menuai pelbagai respons warganet menerusi pendedahan mengenai rumah tangga, tindakan isteri pelawak dan pengacara, Shuk Sahar, iaitu Fara Salleh itu bagaimanapun telah ditempelak oleh seorang daripada rakan suaminya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, rakan Shuk yang dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai, mempertahankan diri setelah dia dan beberapa rakannya lain menjadi sasaran tuduhan wanita berkenaan yang telah menyebarkan gambar mereka di media sosial.

Selain itu, Ridzuan juga mendakwa Fara merupakan individu yang menjaja cerita buruk suaminya di platform media sosial dan menyifatkan Shuk tidak pernah berbuat demikian.

“Kenapa perlu muat naik gambar kawan-kawan saya? Kenapa nak cari salah kami pula? Bila masa kami mengumpat awak? Awak yang mengumpat suami awak di media sosial adalah. Awak malukan suami awak di Singapura sewaktu dia sedang berniaga.

“Suami awak tak pernah nak ‘back up’ sesiapa antara kami. Suami awak tak bercerita pasal awak pun dan kami pun tak nak tahu cerita dari awak. Apa yang menariknya cerita awak itu sampai suami awak kena cerita?

“Cukup-cukuplah burukkan suami di media sosial. Kalau betul atau tidak pun, itu hal awak dan suami. Jangan sebar di media sosial. Atau awak saja nak bagi suami awak malu biar orang pandang suami awak jahat?” katanya.

Pada masa yang sama, Ridzuan menjelaskan, dia tidak berniat untuk masuk campur perihal rumah tangga Shuk namun terkejut dengan tindakan Fara yang memuat naik beberapa video dirinya dan rakan lain di media sosial kelmarin.

“Buat Shuk, maaflah kalau saya marah dan cakap macam ini, bukan sebab nak masuk campur hal rumah tangga abang. Tapi, sebabkan dia dah muat naik video saya dan kawan-kawan di media sosial, jadi saya pun terpaksa sembang benda ini.

“Saya tak nak buka panjang-panjang walaupun ada lagi yang lebih panjang ceritanya tapi cukuplah sebarkan hal orang di media sosial,”katanya.

Sementara itu, Ridzuan turut menjelaskan kejadian sebenar yang dipercayai menjadi punca pergaduhan Fara dan Shuk sehingga menyebabkan wanita itu berang dan mahu meminta cerai menerusi hantaran di Instagram Story (IG).

Dakwa Ridzuan, Fara berang dengan beberapa rakan Shuk yang dikatakan telah menjadikannya sebagai bahan jenaka sewaktu mereka sedang berniaga di sebuah tapak jualan pesta makanan.

“Normallah berniaga mestilah kena jerit-jerit nak panggil orang, tapi dia boleh pula cakap kami ‘meng*njing’ dia. Siap tuduh suami dia ‘back up’ kawan. Bila suami kau ‘backup’ kami?

“Kau malukan suami kau depan orang adalah,”katanya.

Terdahulu, Fara mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa hantaran seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak menerusi aplikasi Threads.

Bukan itu sahaja, Fara juga dilihat meminta Shuk untuk menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk pelawak berusia 38 tahun itu.

Shuk kemudiannya membuat satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai untuk menilai dengan menggunakan akal fikiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN