Bercerai dengan suami, sungguh ini ujian yang amat berat - Erynne Erynna - Utusan Malaysia

Bercerai dengan suami, sungguh ini ujian yang amat berat – Erynne Erynna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Erynne Erynna mendedahkan sudah bercerai dengan suami, Afify Sazali.

Mengakui sedang mencuba reda dengan ujian berat ini, Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynna Abdullah berkata, dia akur dengan takdir Ilahi dan menganggap jodohnya bersama suami tidak panjang.

“Jikalau dulu saya kongsikan berita gembira pada tahun 2019 yang saya telah berkahwin, dan kini dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan yang saya sudah bercerai dengan bekas suami saya.

“Sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami dan inilah yang Allah takdirkan buat kami maka bercerailah kami atas izin-Nya.

“Sungguh, ini ujian yang amat berat. Akan tetapi, Allah duga dan beri ujian pada hamba hamba-Nya yang Dia sayang dan tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuan,”katanya.

Erynne berkongsi berita itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Erynne berkata, dia dan bekas suami akan berusaha menjaga cahaya mata mereka, Medinah bersama-sama sebaik mungkin.

Malah, Erynne menyifatkan bekas suami seorang yang bertanggungjawab dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang sudah dilakukan.

“Bekas suami saya adalah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab pada anak kami, Medinah.

“Kami akan sama-sama mencuba sebaik mungkin untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak kami, Medinah dan berikan dia sepenuh kasih sayang . Insya-Allah.

“Kepada Muhamad Afify, terima kasih atas segalanya. Semoga Allah dapat membimbing, memudahkan dan merahmati serta melindungi awak dan keluarga awak selalu.

“Doakan yang baik baik untuk kami sekeluarga ya, dan kami juga mendoakan segala yang terbaik buat semua,”katanya.

Erynne yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun berkahwin dengan Afify Sazali pada 17 April 2019.

Pasangan itu menimang cahaya mata sulung perempuan diberi nama Medinah yang kini berusia empat tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya