Aufahanie berang individu tabur fitnah cara pemergian abang - Utusan Malaysia

Aufahanie berang individu tabur fitnah cara pemergian abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Aufahanie meluahkan rasa berang terhadap segelintir warganet yang menuduh Allahyarham abangnya yang juga penyanyi, Nidza Afham meninggal dunia akibat membunuh diri gara-gara berdepan masalah cinta.

Luahan itu dibuat Aufa menerusi platfrom X selain menegaskan bahawa arwah dan teman wanita yang dikenali sebagai Hazmiera dalam keadaan baik dan sedang merancang untuk berkahwin.

“Siapakah kamu untuk mengeluarkan statement seolah-olah kamu mengenali abang saya dan teman wanitanya dengan rapat? Kami semua sangat rapat dengan arwah dan juga teman wanitanya.

“Telefon bimbit arwah pada kami, di WhatsApp kami baca perancangan mereka untuk berkahwin, beberapa hari sebelum abang saya dimaklumkan hilang, pada hari Ahad mereka berdua baru sahaja pergi ke pameran perkahwinan.

“Mencari lokasi untuk teruskan perkahwinan. Kami saksi bahawasanya mereka dalam keadaan yang baik, sedang bahagia bersama-sama,” tegas Aufa.

Sebelum ini, media melaporkan siasatan kes kematian Allahyarham penyanyi Nidza Afham atau nama sebenarnya, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Dalam pada itu, Aufa turut mempersoalkan tindakan individu tersebut yang menyebarkan sesuatu berita tidak benar mengenai Allahyarham Nidza Afham sedangkan keluarga masih menunggu keputusan dari hospital.

“Siapakah kamu untuk menyebarkan ketidakpastian tentang cara pemergian abang saya sedangkan kami sekeluarga masih menunggu keputusan dari pihak hospital.

“Siapakah kamu untuk membuat kenyataan tentang hubungan mereka yang sedang bermasalah? Siapakah kamu?” ujarnya.

Penyanyi berusia 21 tahun ini juga memberitahu teman wanita arwah seorang yang sangat baik malah disebabkan wanita itu juga mereka sekeluarga mengetahui kehilangan Afham.

“Teman wanita abang saya sangat baik. Kalau bukan sebab dia, malam kejadian abang saya hilang, kami tak akan tahu yang dia sudah hilang dan takkan tahu kemana nak cari dia.

“Allah temukan abang dan dia bersebab, sebagai pertolongan kepada kami dan juga arwah abang saya,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Aufa meminta individu tersebut untuk memberi keterangan kepada pihak jika mempunyai bukti atas tuduhan tersebut.

Bagaimanapun, Aufa memohon individu tersebut memadam ciapan berunsur fitnah itu sekiranya tidak membuktikan apa-apa.

“Padam ciapan anda, berhenti sebarkan spekulasi dan fitnah terhadap arwah abang saya yang tercinta. Kami sekeluarga tidak reda dan tidak maafkan kenyataan yang dibuat oleh anda @os_bsn.

“Saya minta anda ke balai polis dan beri keterangan saksi bahawa anda melihat dengan mata anda dan anda saksi yang abang saya ambil nyawanya sendiri berserta dengan bukti.

“Jika tidak, sila padam tweet berunsur fitnah anda segera,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya