Apendiks pecah, Puteri Aishah terpaksa bersalin secara Czer - Utusan Malaysia

Apendiks pecah, Puteri Aishah terpaksa bersalin secara Czer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Puteri Aishah, 30, mendedahkan dia terpaksa melahirkan cahaya mata sulungnya, Muhamad Faliq secara pembedahan disebabkan apendiksnya pecah.

Menurut Aishah, dia berdepan detik cemas itu pada Ramadan lalu sebelum mengambil keputusan untuk melahirkan secara pembedahan czer.

“Ramai yang tak tahu sebenarnya saya terpaksa bersalin secara czer (pembedahan) sebab apendiks saya pecah.

“Apendiks itu pecah di bawah, sewaktu bulan puasa kemudian alang-alang saya terus melahirkan,”katanya menerusi video temu bual di TikTok Nona.

Dalam pada itu, Puteri berkata, dia masih belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran lakonan memandangkan usia anaknya masih kecil dan perlu dipantau rapi.

“Buat masa ini saya masih tidak mahu terima sebarang tawaran berlakon, sebab baru empat bulan anak saya.

“Saya masih mahu jaganya sehingga dia pandai berjalan. Lagi pun dia tak nak dengan orang lain.

“Andai dia sudah besar sikit, dah pandai jalan dah kenal orang, saya akan kembali berlakon,”katanya.

Berkongsi mengenai pemilihan nama, Puteri berkata, dia dan suami sepakat memilih nama Muhammad Faliq kerana membawa makna yang baik.

Nama Faliq Firdaus saya yang pilih, Faliq membawa maksud cahaya. Ada berbincang dengan suami fasal nama itu, kemudian dia buat carian dan akhirnya dia pun setuju.

Sekadar info, Puteri mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati bernama Firdaus pada November 2021.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan berita kehamilan ketika bercuti di Korea Selatan pada tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya