Anak Rita Rudaini sumbang pingat emas buat MRSM Sungai Besar - Utusan Malaysia

Anak Rita Rudaini sumbang pingat emas buat MRSM Sungai Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Anak pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin Mohamad Aidil Zafuan, mencatatkan larian terpantas dengan masa tiga minit 58.47 saat sekali gus memperbaharui rekod buat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar sempena Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sukan Daerah (MSSD) Sabak Bernam, semalam.

Airit Rayyan melakar kejayaan itu bersama Raja Muhammad A’Yyash Raja Mohd Sidqi, Ammar Haziq Azlan Abdul Aziz dan Ilham Muqhriez Nurul Hisyam sekali gus menyuntik kebanggaan buat MRSM menerusi pingat emas yang berjaya diraih.

Kejayaan itu sekali gus meleburkan rekod selama 17 tahun milik Sekolah Menegah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yoke Kuan, Sekinchan dengan catatan empat minit 97 saat bagi kategori lelaki acara bawah 15 tahun lelaki.

Terdahulu, Airit Rayyan unggul apabila memecah rekod 100 dan 200 m lelaki bawah 15 tahun dalam kejohanan sama.

Airit Rayyan memecah rekod 100 m selepas mencatat masa 11:44 saat yang sebelum ini disandang, Norazizi Sobari dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ungku Aziz sejak 2004 dengan catatan 11.58 saat.

Kejayaan berganda dicipta Airit Rayyan dalam acara 200 m apabila memecah rekod milik Lucas Theng Chen Yi dari SMJK Yoke Kuan.

Airit Rayyan mencatat masa 23:81 saat berbanding rekod lama 24:00 saat milik Chen Yi.

Dalam pada itu, beberapa acara lain turut berjaya memecah rekod baharu bagi kejohanan tersebut.

Rakan kepada Airit turut mencipta sejarah apabila dinobat sebagai olahragawan bawah 15 tahun selepas berjaya memecah rekod selama 29 tahun bagi acara 1,500 m.

Raja Muhammad meraih catatan 5 minit 28 saat, memecah rekod yang dicipta pada 1999 oleh M Murali yang mencatat 5 minit 01.62 saat.

Turut mencipta rekod bawah 18 tahun lelaki bagi acara 100 m apabila pelari dari SMK Ungku Aziz, Muhamad Adam Ishami Azmi meraih catatan 11.09 saat sekali gus memperbaharui rekod lama 11.19 sejak 2015.

Bagi acara 1,500 m kategori lelaki 18 tahun, S Rivenesh dari SMK Sungai Besar mencatat rekod baharu empat minit 26.95 saat mengatasi rekod lama milik Muhammad Hafiz Aidi Rosni empat minit 38.50 saat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya