WCOPA ke-27 ; Umairah bawa pulang pingat emas - Utusan Malaysia

WCOPA ke-27 ; Umairah bawa pulang pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Anak saudara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah Saiful Anuar berjaya mengharumkan nama negara apabila membawa pulang pingat emas di pertandingan akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27, yang berlangsung pada pagi tadi.

Umairah yang berusia 13 tahun memenangi kategori Junior Champion Vocalist Of The World dengan menewaskan empat lagi finalis lain di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat.

“Kemenangan ini untuk kalian semua,” katanya yang berkongsi berita itu dalam Instagramnya.

Umairah yang mengenakan busana rekaan Razman Razmi mempertaruhkan lagu berjudul A Natural Woman nyanyian asal Aretha Franklin.

Sekali gus dia mengenepikan pesaing terdekat lain termasuk dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.

Pada peringkat saringan, Umairah bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety sebelum berjaya melangkah ke separuh akhir menerusi kategori R&B untuk peserta berusia 13 hingga 15 tahun.

Sebelum ini ibu Umairah, Siti Sairah Taruddin memohon doa rakyat Malaysia agar anaknya berjaya membawa pulang pingat, sekali gus mengharumkan nama negara.

Seramai 15 peserta mewakili negara tahun ini bagi kategori vokal, tarian, muzik dan peragaan membabitkan penyertaan 70 negara lain pada kejohanan edisi ke-27.

Turut membolosi pentas akhir ialah pasangan kembar Aleysha dan Ryan bagi kategori duet, Dion Das dan Ryan Zachary bagi kategori peragaan dan Vanessa William untuk tarian solo.

Pada masa sama, kemenangan Umai itu turut membanggakan ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menzahirkan ucapan tahniah dalam akaun media sosial remaja terbabit.

“Tahniah Umai! Berjaya bawa pulang emas dan mengharumkan nama Malaysia,” komen Siti Nurhaliza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya