Tiada niat lain, hanya promosi drama - Khai Bahar - Utusan Malaysia

Tiada niat lain, hanya promosi drama – Khai Bahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar mengakui, tindakannya memuat naik gambar membonceng basikal bersama aktres, Sharifah Rose adalah semata-mata kerana mahu mempromisikan drama terbaharu mereka, Cinta Bukan Milik Kita.

Menurut Khai, menerusi drama terbitan Zeel Production itu, dia melakonkan watak Reza bergandingan bersama Rose di bawah pengarahan sutradara terkemuka tanah air, Haji Zil.

“Tiada niat lain. Saya berkongsikan gambar tersebut di media sosial kerana mahu mempromosikan drama sahaja. Saya tak tahu nak jawab soalan netizen, memang itu saja sebabnya.

“Jika ada yang nak fikir negatif biarkan saja. Setakat ini, memang saya tak sentuh dia. Kami cuma rapat sahaja. Itupun sebab saya kena hidupkan watak dalam sebuah babak,”katanya.

Khai berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai fotonya sedang menunggang basikal dengan posisi Rose yang berada sangat dekat dengannya.

Pada masa yang sama, Khai tidak menyangka gambar tersebut akan mengundang kecaman dan menjadi buah mulut netizen.

Disoal sama ada kekok ataupun tidak ketika melakonkan babak tersebut, penyanyi lagu Luluh ini secara ringkas menjawab tidak.

“Kalau ditanya sama ada saya kekok ataupun tidak, jawapannya tidak. Kami berdua ini sama-sama gila-gila.

“Cuma, cabaran untuk saya bawa basikal itu sangat sukar. Basikal itu lama, tinggi dan berat. Tambahan pula, Rose duduk di depan saya, susah nak kawal basikal.

“Setahu saya, basikal itu mahal juga dan ramai yang sedang cari sebab ia terhad,”katanya.

Terdahulu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang apabila melihat perkongsian Khai dan Rose itu di media sosial.

Menurut netizen, Khai dan Rose perlu menjaga batas meskipun apa yang dilakukan oleh mereka itu sekadar lakonan sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN