Terima ugutan rogol, Diana Danielle bakal heret pelaku ke mahkamah - Utusan Malaysia

Terima ugutan rogol, Diana Danielle bakal heret pelaku ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Diana Danielle, tetap dengan pendirian tegas untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang membuat ugutan seksual kepadanya.

Menerusi ruangan soal jawab yang dibuka di Instagram Story, Diana mendedahkan mesej daripada individu yang berani menyatakan keinginan untuk merogolnya (soon will rogol you).

Kata Diana, sehingga kini dia menunggu permohonan maaf dan menegaskan tidak teragak-agak untuk mencari maklumat peribadi individu berkenaan.

“Awak hantar NGL kepada saya dan cakap sesuatu yang boleh saya buat laporan. Apa yang awak katakan ini sangat serius, dan saya tunggu awak minta maaf atau saya akan bawa perkara ini ke mahkamah apa yang awak hantar kepada saya.

“Hanya kerana saya menjawab soalan secara tanpa nama, tidak semestinya awak boleh berkata apa-apa sahaja.

“Saya boleh cari maklumat peribadi awak dengan mudah. Jangan pandang rendah kepada saya. Saya ambil perkara ini secara serius,”katanya.

Bagaimanapun, individu itu tampil memohon maaf tidak lama kemudian dan berharap agar tindakannya turut memberi pengajaran kepada orang lain.

“Saya minta maaf di atas apa yang saya katakan. Jadikan perkara ini sebagai pengajaran kepada saya dan mereka yang ingin bertindak bodoh dengan membuat gurauan bodoh,”tulis individu itu.

Bagaimanapun, Diana tetap dengan keputusannya untuk membuat laporan polis supaya memberi pengajaran kepada individu tersebut.

“Saya tetap akan membuat laporan polis untuk awak hadam dalam kepala. Awak ugut untuk merogol saya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN