Sinikal, lagu Madu Dua tak sindir sesiapa - Wany Hasrita - Utusan Malaysia

Sinikal, lagu Madu Dua tak sindir sesiapa – Wany Hasrita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Wany Hasrita, 32, menafikan lagu terbaharu berjudul Madu Dua dihasilkan secara sinikal bagi menyindir segelintir pasangan selebriti yang terpalit dengan kontroversi hidup bermadu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Wany berkata, lagu ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito itu dicipta sekadar suka-suka dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak sebagaimana yang disangka ramai.

“Tak baik cakap saya sindir orang. Wany ini tak pernah buat begitu dan mungkin kebetulan lagu itu dilancarkan pada ketika kontroversi seperti itu sedang berlaku.

“Tetapi lagu ini sudah dibuat sekitar Februari lagi, sebelum kisah-kisah kontroversi berlaku. Jadi memang tak ada kena mengena pun dengan situasi semasa, tuju kepada sesiapa pun tidak,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Wany, dia juga pada awalnya tidak menolak bimbang untuk membawakan kagu tersebut memandangkan isi lagu yang itu bercerita mengenai kisah hidup pasangan bermadu.

“Takut juga mulanya. Tetapi terus-terang masa dapat lagu ini saya suka sebab ia catchy. Tetapi pada masa yang sama, terdetik juga di hati kalau nyanyi dan sebut selalu adakah ia akan jadi doa?

“Tetapi saya positifkan diri dan anggap lagu ini cuma suka-suka sahaja. Kadangkala ia boleh jadi gurauan antara suami isteri. Ada pasangan suami isteri yang gurauannya kasar, ada juga yang lembut.

“Saya harap dah dapat jelaskan mengenai hal ini,”katanya.

Dalam pada itu, Wany juga tidak menolak bahawa Madu Dua merupakan lagu terakhirnya bersama label muzik FMC setelah lapan tahun mengukir kejayaan bersama.

“Ini merupakan lahu terakhir saya dengan FMC. Sebenarnya saya simpan harapan besar untuk Madu Dua sebab rasanya lama juga lagu saya tak berapa nak menjadi.

“Kebetulan Mei lalu kontrak saya dengan FMC telah tamat saya harap dapat tinggalkan label dengan satu kenangan manis menerusi lagu ini.

“Tentang penerimaan orang, saya harap semua pendengar dan peminat dapat menerimanya dengan pandangan terbuka sebagaimana syaa juga menerima kritikan dengan hati terbuka,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya