Saya diajar untuk tidak mudah berikan sebarang respons - Aina Abdul - Utusan Malaysia

Saya diajar untuk tidak mudah berikan sebarang respons – Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Aina Abdul, 30, mengakui, tidak mudah memberikan sebarang respons berhubung sesuatu perkara terutama isu kontroversi adalah satu caranya untuk menepis serangan pembuli siber.

Aina berkata, ia juga merupakan antara langkah terbaik baginya untuk menjaga kesihatan mentalnya.

“Dalam soal menangani buli siber, bagaimana cara saya kendalikannya tidaklah istimewa atau berbeza dengan orang lain. Kebiasaanya, saya akan telan saja kata-kata netizen.

“Sangat penting untuk kita ada mental yang kuat. Selepas baca komen begitu, saya akan offline untuk beberapa jam. Ini kerana saya diajar untuk tidak respons terhadap apa-apa yang dibahas di media sosial tentang saya.

“Jadi mungkin kerana itu jarang atau sangat susah utk melihat saya ‘meletup’ di media sosial. Bagi saya, jika dilayan, akan lebih memberi kesan kepada kesihatan mental,”katanya.

Aina berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia, kelmarin.

Selain itu, kata Aina, dia mencuba menghormati dan meraikan setiap pandangan pelbagai pihak jika menyebut tentang dirinya.

“Saya tak anggap netizen ini tidak berhati perut, kerana sebagai anak seni, kita kena faham dari mana mereka datang, nama pun netizen.

“Pendapat yang mereka ekspresikan di media sosial adalah pendapat mereka. Sama ada ia benar atau salah, penting untuk kerja macam saya ini untuk beradaptasi dengan situasi.

“Saya akan selalu beritahu diri ‘tak mengapa Aina, mereka tak tahu cerita sebenar dan tak boleh salahkan mereka’,”katanya.

Dalam pada itu, kata Aina lagi, dia juga memilih untuk bersikap mudah memaafkan semua pihak yang berkata buruk tentang dirinya.

“Alhamdulillah, tiada lagi setakat ini yang saya tak maafkan. Semuanya sama rata di mata saya. Malah, saya akan sentiasa cuba sebaik mungkin untuk terus kuat berada dalam industri ini, sebav di akhirnya, saya yang pilih jalan ini.

“Jadi saya tak boleh biarkan komen negatif menang. Ada satu kata-kata yang saya pegang dalam hidup iaitu ‘Move in silence, and let your aura speak for itself’”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya