Saya buat perkara bodoh macam lelaki lain - Harith Iskander - Utusan Malaysia

Saya buat perkara bodoh macam lelaki lain – Harith Iskander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak, Harith Iskander mendedahkan, kesilapan diri sendiri merupakan punca utama mengapa dia gagal mempertahankan pernikahannya dengan isteri, Dr Jezamine Lim.

Menurut Harith, kenyataan itu dirasakan sudah memadai untuk dimaklumkan kepada semua pihak berikutan enggan melukai hati anak-anak mereka.

“Saya tak akan cuba cari alasan. Tetapi saya akui telah buat perkara bodoh sebagaimana ramai lelaki lain lakukan. Ingatkan lelaki pada usia saya tahu lebih baik, lelaki tak pernah belajar. Bukan semua, tapi saya ya.

“Sepanjang itu, dia (isteri) sangat kuat. Saya tak mahu memperincikan kerana kami ada anak yang masih muda. Mereka pasti akan menonton ini. Kami berbincang dengan mereka secara peribadi,”katanya dalam satu podcast yang dikendalikan oleh rakan mereka, Daphne Iking.

Sementara itu, Harith memaklumkan sudah duduk berbincang dengan anak-anaknya mengenai perceraian dengan isteri.

Kata Harith, anak-anak tentunya berasa kecewa namun setelah cuba memahami, mereka kelihatan dapat menerima berita itu dengan reda.

“Dalam fikiran anak-anak, mereka akan hidup berasingan. Kami yakinkan anak-anak bahawa kami akan terus sayang mereka sama saja dan tiada apa-apa berubah.

“Alhamdulillah, sejak perbincangan itu, mereka boleh menerimanya. Saya tak cakap mereka faham sepenuhnya tapi kami yakinkan mereka pintu sentiasa terbuka untuk mereka bertanyakan apa-apa saja kepada kami.

“Dalam setiap perkahwinan, ada perkara yang akan berubah tapi kami lupa bahawa betapa akrabnya kami sebagai rakan karib. Memang kami bertengkar, tapi tak mahu ia beri kesan pada anak-anak,”katanya.

Mengulas lanjut tentang hak penjagaan anak-anak mereka, Harith memberitahu tiada perubahan dalam rutin menguruskan keluarga mereka meskipun tidak lagi sebumbung.

“Jazemine dapat jagaan penuh dan saya dapat hak lawatan penuh. Kami mahu kekalkan rutin kami sama seperti sebelumnya. Saya akan tinggal berdekatan mereka,”katanya.

Dalam pada itu, juara pertandingan Funniest Person in the World (TFPW) 2016 ini berkata, keputusan untuk bercerai juga tidak dilakukan secara mendadak.

Malah, dia dan Jezamine mengambil masa bertahun-tahun untuk mencuba menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Proses itu sudah berlangsung sudah agak panjang, kami ada turun naik. Saya buat hal dan banyak melakukan kesilapan. Jazemine sangat mengagumkan untuk memberi saya kemaafan.

“Dia sangat bekerja keras untuk pertahankannya. Ya banyak proses kami tempuhi, pergi kaunseling rumah tangga, bercakap dengan kawan-kawan tapi dalam proses itu pun ia masih belum berakhir dan kami masih cuba pertahankan.

“Ada tempoh di mana kami tidak mesra sebegini sebab hal menyakitkan yang saya cetuskan. Keputusan ini adalah atas kata sepakat kami bersama. Pada satu tahap, saya sedar kami lebih selesa berkawan baik dan tak nak rosakkan ikatan itu. Kami tak mahu rosakkan hanya kerana kami bukan lagi pasangan berkahwin,”katanya.

Pada 8 Julai lalu, Jazemine Lim mengesahkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Harith dan Dr Jazemine telah mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN