Saya buang ego, rasa segan demi dekati komposer lain - Aina Abdul - Utusan Malaysia

Saya buang ego, rasa segan demi dekati komposer lain – Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Aina Abdul, mengakui kini lebih terbuka untuk bekerjasama dengan komposer-komposer lain berbanding memfokus cuma kepada penghasilan karya sendiri.

Merujuk kepada penghasilan album keduanya, kata Aina, tindakan itu dibuat bagi memberi keseimbangan dalam karya-karya seninya demi mencipta kepuasan buat pendengar dan peminat.

“Saya sangat gembira tahun ini akan ada banyak kolaborasi dengan komposer lain.

“Sebelum ini kebanyakan lagu saya hasilkan sendiri. Rasa-rasanya sudah tiba masa untuk mencuba sesuatu yang baru.

“Perjalanan seni saya, kalau dikira betul-betul, mula aktif dalam industri sekitar 2019. Sekarang sudah 2024 dan saya nak cari bunyi yang baharu serta nak cuba dalami rasa orang lain,”katanya.

Selain itu, kata Aina, dia juga membuang sikap ego dalam penghasilan sebuah karya muzik selain memilih untuk mendekati pemuzik lain.

“Bukan nak cakap tak mampu sebab saya sendiri banyak lagi rasa yang belum dikeluarkan cuma tak mahu jadi penting diri dalam muzik lagi.Kalau boleh saya nak faham orang dan mereka juga boleh dalami dunia saya.

“Kali ini saya mengambil langkah untuk mendekati mereka sendiri. Tiada lagi malu-malu dan segan nak tegur.Saya nak cuba bunyi baharu sebagai aina Abdul dan mahu tonjolkan sisi yang orang tak pernah nampak sebelum ini.

“Saya lari daripada kebiasaan adalah disebabkan nak cari kepuasan diri sendiri, bukannya nak lari dari tipikal atau sebagainya,”katanya.

Dalam pada itu, Aina mengakui dia mengutip semangat komposer besar Indonesia, Melly Goeslaw untuk lebih terbuka menerima idea dan muzik komposer dalam berkarya.

Malah, kerjasamanya dengan Melly sebelum ini juga menjadikan dia mula tergerak hati untuk membuka ruang meninjau peluang kolaborasi dengan komposer tempatan lain.

“Lagu tersebut merupakan runut bunyi bagi filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu arahan Hanung Bramantyo yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

“Kerjasama dengan Melly antara sebab pintu hati saya mula terbuka untuk berkongsi kreativiti dalam berkarya.Semangat yang saya dapat di Indonesia itu saya bawa pulang ke sini.

“Banyak benda saya belajar daripada Melly termasuk cara interpretasi rasa dalam sebuah lagu,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya