Saksi ritual kuda kepang, Hazrat Muaz akui timbul perasaan seram - Utusan Malaysia

Saksi ritual kuda kepang, Hazrat Muaz akui timbul perasaan seram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Hazrat Muaz, mengakui pengalaman menyaksikan sendiri ritual tarian kuda kepang ketika terlibat dalam penggambaran telefilem Lumping Putih baru-baru ini telah membuka matanya mengenai tradisi masyarakat tempatan tersebut.

Menurut Hazrat, sebagai seorang pelakon, pengetahuan baharu itu dijadikan sebagai rujukan dalam membantu merealisasikan wataknya sebagai Lam Nasyrah dalam telefilem arahan Epo Jenon itu,

“Selama saya hidup, sekali pun tak pernah saya saksikan ritual kuda kepang. Tetapi apabila diberi peluang untuk terlibat menjayakan Lumping Putih, saya rasa teruja juga.

“Pada masa yang sama, perasan seram dan takut turut timbul apabila menyaksikan upacara ritual tersebut. Bayangkan permulaan upacara sahaja, pemain kuda kepang tersebut bagai dirasuk dan menjadi orang lain.

“Mereka akan mula menari dan mengikut gerakan yang sukar untuk difahami.Selama ini saya hanya mengetahui tentang seni dan warisan kuda kepang tetapi kali ini. Memang satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan,” katanya.

Kongsi pelakon yang berasal dari Kuantan, Pahang ini lagi, terbabit sama dengan barisan pelakon hebat lain dalam telefilem ini juga merupakan satu peluang dan pengalaman keemasan buatnya.

Bagi Hazrat, dia berasa bertuah kerana pelakon-pelakon senior yang ada tidak lokek ilmu dan banyak berkongsi pengalaman dengan pendatang baharu sepertinya.

“Bila berada di set, saya gembira kerana semua pihak memberikan kerjasama baik untukmelancarkan penggambaran.

“Saya sendiri sudah membuat beberapa kajian tentang kisah kuda kepang ini agar dapat memahami dengan lebih jelas kisah Lumping Putih selain memahami kehendak pengarah.

“Hampir dua minggu kami berkampung di set penggambaran, banyak perkara baharu yang saya perolehi. Mereka ajar bagaimana untuk melontarkan dialog dan permainan emosi yang betul, saya sangat hargainya,” katanya.

Dalam pada itu, Hazrat berkata, meskipun ritual kuda kepang ini mungkin menjadi berdebatan ramai kerana dianggap mempunyai unsur mistik, dia bagaimanapun berharap agar masyarakat dapat menerima mesej yang baik menerusi telefilem ini.

“Apa yang diangkat dalam naskhah ini bukan sekadar mahu mengingati kuda kepangsemata-mata sebaliknya ia sarat dengan seribu satu pengajaran.

“Saya hormati mereka yang masih meneruskan tarian ini walaupun kebanyakan generasi muda sudah kurang mengenalinya.

“Yang mana baik, kita teruskan. Yang buruk pula kita tinggalkan. Apa yang penting mesej baik akan sampai kepada penonton,” ujarnya.

Lumping Putih merujuk kepada kuda kepang putih yang menjadi sebahagian daripada ‘watak’ penting kuda kepang.

Telefilem ini bukan sahaja mengangkat tradisi berkenaan tetapi berani mengetengahkan unsur khurafat yang ada dalam setiap persembahan.

Telefilem ini diterbitkan oleh pasukan Unit Drama RTM yang akan ditayangkan pada 7 Julai hadapan sempena sambutan Maal Hijrah.

Selain Hazrat, antara pelakon lain yang terlibat termasuklah Zaidi Omar, Azizah Mahzan, Soffi Jikan, Akmal Ahmad, Amalina Arham, Adam Ikmal, Ruzaidi Abd Rahman dan Asmidar.

Menjalani penggambaran di Muar dan Batu Pahat, Lumping Putih sebenarnya mengangkat tarian tradisi masyarakat Johor terutama mereka yang berketurunan Jawa.

Namun kali ini mereka mengolah kisah sebuah keluarga yang masih meneruskan warisan berkenaan.
Mim Lazim merupakan ayah kepada Alif Narbawi, Lam Nasyrah dan Mim Iqlab.

Mim Lazim mahu menurunkan warisan kuda kepang kepada anak sulung Alif Narbawi, namun Mim Iqlab tidak setuju kerana ayahnya mahu mengekalkan kuda kepang tradisional yang ada ritual pembuka dan penutup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya