Putus kerana ibu, hubungan Baifern, Nine berakhir - Utusan Malaysia

Putus kerana ibu, hubungan Baifern, Nine berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pasangan pelakon popular Thailand, Baifern Pimchanok dan Nine Naphat, berakhir selepas dua tahun menyulam cinta.

Menerusi sebuah sidang media khas yang diadakan di Thailand, Nine keputusan itu dibuat bukan kerana kehadiran orang ketiga.

Mengulas mengenai punca perpisahan, Nine mengakui tersepit karena ibunya selalu berasa sepi sejak pelakon itu menjalin hubungan cinta dengan Baifern.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang terjadi. Dia (Baifern) adalah perempuan yang baik dalam hati saya.

“Apa yang terjadi adalah salah saya kerana tidak dapat menyeimbangkan hubungan ini dengan baik,” katanya.

Walaupun cinta mereka tidak kesampaian ke alam perkahwinan, Nine tetap menganggap kekasihnya itu sebagai seorang yang istimewa.

“Dia gadis yang sangat menenangkan. Dia selalu mengutamakan perasaan orang lain berbanding dirinya sendiri.

“Dia orang yang hebat dan selalu tulus kepada semua orang,” tambahnya.

Terdahulu, Nine dan Baifern mencuri tumpuan apabila sama-sama digandingkan menerusi sebuah filem blockbuster Friend Zone pada tahun 2019. Dalam naskhah itu, mereka berdua adalah kawan baik yang kemudian beralih menjadi kekasih.

Selepas filem itu menemui penonton, Nine dan Baifern mengakui bahawa mereka sedang menjalin hubungan cinta. Nine mengakui sudah lima tahun menyimpan perasaan kepada Baifern sama seperti cerita yang dilakonkan mereka.

Nine dan Baifern mengakhiri hubungan cinta mereka selepas pulang dari bercuti di Switzerland baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya