PETALING JAYA : Penganjuran festival Petaling Jaya International Folklore Festival 2025 sempena sambutan ulang tahun yang ke 18 tahun Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) baru-baru ini dilihat berupaya mencapai objektif.
Menerusi tema Petaling Jaya Bandar Paling Bahagia, penganjuran festival tersebut selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Petaling Jaya Pintar, Mampan Dan Berdayatahan 2030 (PJSSR 2030).
Ia termasuk Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN) dalam usaha memacu industri pelancongan negara yang berteraskan kelestarian pembangunan budaya, seni dan warisan.
Menerusi satu kenyataan, Petaling Jaya International Folklore Festival yang diklasifikasikan sebagai Projek Kebudayaan Antara Kerajaan pada tahun 2018 ini telah diiktiraf sebagai Program Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Bandaraya Petaling Jaya dengan kerjasama International Council of Organizations of Folklore Festival and Folk Arts (CIOFF) Malaysia juga telah diberikan kepercayaan mewakili Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran 1st Asia Pacific Youth Folklore Festival 2023 pada 21 hingga 26 September 2023 di Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.
PJ International Folklore Festival 2025 adalah signifikan kepada fasa baru penganjuran yang akan diadakan setiap dua tahun sekali (dwi tahunan). Penganjuran yang menekankan konsep penglibatan Kontinjen di peringkat antarabangsa termasuk Sister City.
Program Sister City juga dikenali sebagai Bandar Persahabatan yang menzahirkan kerjasama MBPJ dengan 7 bandar seperti Kota Bandung (Indonesia), Miyoshi, Saitama (Jepun), Asan dan Seongbuk-Gu (Korea Selatan), Qing Yuan (China), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Pengisian 2025 masih mengekalkan inisiatif memartabatkan lima tonggak seni budaya iaitu persembahan kebudayaan, makanan, permainan rakyat, busana dan seni silat.
Sasaran penyertaan Kontinjen untuk penganjuran 2025 adalah sebanyak 25 kontinjen.
Sambutan itu dihadiri dengan kehadiran sekitar 10 ribu pengunjung dan turut dimeriahkan oleh artis tanah air antaranya, Black Hanifah, Fahimi Rahmat, Aisyah Retno, Santesh dan Victoria Ng.