Kaburkan wajah anak ; Rasanya saya suka cara begini - Neelofa - Utusan Malaysia

Kaburkan wajah anak ; Rasanya saya suka cara begini – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti dan usahawan popular tanah air, Noor Neelofa, mengakui keterbiasaan mengaburkan wajah anak-anaknya untuk tatapan pengikut di media sosial menjadikan dirinya lebih selesa dan tenang.

Bagaimanapun, kata Neelofa, dia dan suaminya, Haris Ismail tidaklah begitu tegas melakukan perkara tersebut berikutan pada kebanyakan masa, sekiranya berada di luar, dia tidak pernah menutup wajah anak-anaknya.

“Nanti macam mana pun, kita akan hantar dia dekat sekolah, lagipun ramai orang dah tengok dia (wajah) sebenarnya. Cuma kita tak adalah nak tonjolkan sangat.

“Tapi kalau nak tengok, saya rasa akan ternampak juga. Saya pun kalau berada di luar, tak adalah nak tutup wajah anak-anak.

“Saya rasa lebih selesa tak tunjuk, saya suka begitu. Macam Bilal orang dah tengok, tapi saya masih kaburkan wajahnya. Saya rasa saya suka cara ini, “katanya.

Neelofa berkata demikian semasa ditemui di pembukaan kedai pertama Nunha Store di MyTown Mall, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Berkongsi mengenai perkembangan anak keduanya, Abdullah Abbas yang kini sudah berusia setahun, Haris pula memberitahu, dia dan isterinya kini sedang menikmati masa bersama anak-anak.

“Cepat masa berlalu, Abbas pun dah setahun umurnya. Secara tak langsung, apa yang kami dapat menjadi seorang bapa dan ibu, menjaga anak ini bukan sekadar hantar anak pergi sekolah, hantar mengaji,tidak.

“Ada banyak benda lain yang kena ketahui. Sebagai contoh, perancangan untuk anak, apa yang anak boleh buat, kita belajar lebih banyak tentang kehidupan anak-anak kecillah.

“Saya rasa ibu bapa lain pun akan tahu dan suka bila kita luangkan masa dan melihat tumbesaran anak,” katanya.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya