Intan Najuwa dedah kini berbadan dua - Utusan Malaysia

Intan Najuwa dedah kini berbadan dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Setelah setahun mendirikan rumah tangga, pelakon, Datin Intan Najuwa, mendedahkan, dia dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman kini sedang menanti kelahiran cahaya matannya yang pertama.

Tidak menyatakan usia kandungannya, Intan bagaimanapun berkongsi mengenai berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram hari ini yang disertakan dengan beberapa keping foto bersama suami termasuk gambar ultra bunyi.

Antara beberapa keping gambar yang dikongsikan, Intan juga menunjukkan ‘baby bump’ selain kelihatan berseri-seri di samping suaminya.

“Rahsia kecil kami akhirnya terbongkar.Tidak lama lagi kami akan bertiga,”katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah buat Intan dan suami.

Antara rakan artis yang turut memberi ucapan tahniah termasuk Azira Syafinaz, Bella Astillah, Riena Diana, Puteri Aishah, Nyna Harizal dan Sherry Ibrahim.

Sebelum ini, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya