Dari kecil dididik tak kerja, tak dapat makan - Fikry Kiki - Utusan Malaysia

Dari kecil dididik tak kerja, tak dapat makan – Fikry Kiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pernah bergelar pelakon cilik, Fikry Kiki, 20, mengakui, dia sudah terbiasa hidup dengan kesibukan kerjaya dari kecil terutama apabila perlu mengimbangi bidang nyanyian dan lakonan pada satu masa yang sama.

Tambah Fikry atau nama sebenarnya Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad, keadaan juga semakin mencabar apabila dia bersama adik dan ibunya diuji dengan pemergian arwah bapa yang sebelum ini menjadi tulang belakang keluarga.

“Saya sebenarnya bersyukur kerana dari kecil, arwah ayah sudah menerapkan mentaliti supaya saya rajin bekerja di usia yang muda. Arwah ayah juga adalah orang penting yang menjadikan siapa saya hari ini.

“Dialah yang membawa saya masuk ke dalam industri seni ini dengan menyertai bermacam-macam program nyanyian atau uji bakat lakonan sehinggalah saya menyerlah menerusi program Bintang Kecil 2013 dan Ceria Popstar 2015.

“Saya telah dididik dari kecil, kalau tak kerja tak dapat makan. Jadi saya berusaha dan sudah biasa sibuk bekerja di usia yang muda. Kemudian apabila ayah meninggal dunia dua tahun lalu, mahu atau tidak, saya kena juga pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga,”katanya.

Menurut Fikry lagi, sewaktu kehilangan arwah bapanya, dia pernah berasa buntu seketika memandangkan selama ini semua perkara diuruskan olehnya.

“Arwah bapa juga merupakan pengurus saya. Jadi apabila dia tiada, bohonglah kalau saya kata tak terkesan dari segi emosi dan ekonomi. Saya jadi hilang arah.

“Tetapi saya tahu tak boleh selamanya begitu kerana siapa lagi yang nak jaga ibu dan adik kalau bukan saya. Maka perlahan-lahan saya cuba bangkit dan buat apa sahaja kerja yang sesuai.

“Namun kita semua tahu, untuk berharap cuma pada bidang lakonan atau nyanyian sahaja tidak memadai kerana saya pula bukan artis gred A. Keberadaan saya dalam industri seni pula sekadar taraf artis yang bertahan, bukan melonjak naik,”katanya.

Sedar bahawa keadaan itu harus diubah, Fikry memberitahu, dia kemudiannya nekad terjun ke dalam dunia perniagaan dengan menjalankan bisnes kopi tanpa bancuh bersama rakannya, Mabel Ira Bulan.

“Semua orang mengejar taraf hidup lebih baik, tiada orang yang mahu hidup susah. Tambahan pula persekitaran ekonomi juga semakin mengecewakan, jadi kita kena juga kerja dan usaha lebih untuk diri dan keluarga.

“Itu sebab saya beranikan diri ceburi bidang perniagaan. Sekarang pun permintaan untuk berlakon pun kurang sebab ada lagi artis-artis yang baru naik sedang mencuba nasib dalam industri seni.

“Saya tak mahu fokus persaingan yang sama. Saya fikir, untuk bertahan dalam dunia seni ini bukan satu kerjaya jangka masa panjang. Jadi saya kena ada benda lain untuk saya buat,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya