Bergelar suami, Ben Ladin akhirnya buka mulut - Utusan Malaysia

Bergelar suami, Ben Ladin akhirnya buka mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi rap, Ben Ladin, 23, akhirnya memberanikan diri membuka mulut mengenai pernikahannya dengan kekasih hati yang dikenali sebagai Anna meskipun tahu isu mengenai perkahwinannya itu telah menjadi bahan bualan ramai sekitar minggu lalu.

Menurut Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Benladen Munshi Shaihan, dia sedar mengenai pertanyaan ramai berhubung perkara tersebut namun memilih untuk berdiam diri dan menunggu masa yang sesuai untuk memaklumkannya kepada orang ramai terutama peminat.

“Assalammualaikum semua, harap semua sihat-sihat sahaja. Ben banyak terima Direct Message (DM) dari keluarga, sahabat, rakan media dan juga peminat.

“Maaf kerana membuatkan kalian tertunggu-tunggu. Ya, benar saya sudah pun berkahwin pada usia 23 tahun dan sah menjadi suami kepada isteri saya, Anna Syida,”katanya dalam satu hantaran di Instagram, semalam.

Menurut Ben, dia dan Anna mengambil keputusan untuk merahsiakan hubungan percintaan mereka daripada khalayak ramai sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Kami berdua mengambil keputusan untuk merahsiakan hubungan kami sehinggalah kami berkahwin secara rasminya.

“Dalam masa yang sama, kebetulan pula saya baru dapat gambar kahwin,”katanya.

Dalam pada itu, penyanyi yang dikenali dengan lagu ‘Hikayat Benladin’ itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dengan majlis perkahwinannya selain berharap orang ramai mendoakan dirinya dan isteri kuat menempuh perjalanan dalam rumah tangga.

“Saya nak ucapkan terima kasih pada semua yang terlibat dalam memastikan semuanya berjalan lancar sepanjang perkahwinan kami berlangsung.

“Harap semua doakan yang terbaik untuk kami berdua, dan semoga kami sentiasa kuat untuk lalui perlajanan di dalam rumah tangga di masa akan datang,”katanya.

Terdahulu, berita perkahwinan Ben disahkan oleh seorang wanita yang dipercayai ibu saudara kepada pengantin perempuan yang dikenali sebagai Hamidah menerusi hantaran di Facebook pada 8 Julai lalu.

Menurut Hamidah, dia menghadiri persandingan anak saudaranya dengan Ben namun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya