Baru diberi ujian besar sekali, tak akan saya nak mengeluh - Ruhainies - Utusan Malaysia

Baru diberi ujian besar sekali, tak akan saya nak mengeluh – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Meskipun dilanda kontroversi, pelakon, Ruhainies, tetap positif mengharungi segala kecaman dan kritikan ramai selain menganggap ia sebagai satu ujian Allah SWT buat dirinya.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGs), Ruhainies berkata, dia menerima segala yang berlaku dengan reda selain bersyukur dengan pelbagai nikmat yang Allah telah kurniakan kepadanya.

“Allah telah mengurniakan saya dengan begitu banyak rezeki, tawaran kerja, jadual penggambaran yang sibuk di sana sini, disayangi ramai orang, mempunyai keluarga dan kawan-kawan, kesihatan yang baik dan sebagainya sepanjang 31 tahun ini.

“Allah berikan ujian besar baru sekali, tak akan saya nak mengeluh. Saya terima dan reda serta bersyukur juga.

“Dia uji sebab Dia sayang,”katanya.

Selain itu, menerusi hantaran yang sama, Ruhainies turut berkongsi sepotong hadis Al- Quran daripada surah Al Inshirah sebagai motivasi.

“Dalam hadis pun disebut dua kali ‘Dalam kesulitan ada kemudahan’. Jadi saya percaya tiada yang sia-siq.

“Saya yakin pasti ada rezeki besar yang Allah sudah aturkan untuk saya. Insya-Allah. Ribut juga pasti berhenti,”katanya.

Ruhainies kini berdepan dengan pertuduhan berkhalwat dengan aktor Aliff Aziz dalam kejadian yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara 8 Jun lalu.

Ketika sebutan kes yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 3 Julai lalu, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya