Alami serangan jantung, Azan Scan kini dirawat di hospital - Utusan Malaysia

Alami serangan jantung, Azan Scan kini dirawat di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Vokalis kumpulan Scan, Azan, dilaporkan telah menerima rawatan di Hospital Kajang, semalam selepas mengalami serangan jantung.

Perkara itu disahkan isterinya, Ismaliza Ismail, yang turut memaklumkan bahawa suaminya dikejarkan ke Hospital Kajang dan ditempatkan di zon kuning hospital tersebut.

“Semalam Azan dah jalani prosedur rawatan Angiogram iaitu proses memasukkan kamera untuk memeriksa
mana-mana bahagian yang tersumbat di bahagian jantung.

“Doktor kata memang ada tersumbat. Tadi dah dimasukkan satu stent dengan belon. Sekarang suami saya telah dipindahkan ke Wad 2, Katil 26 Hospital Kajang,” katanya.

Selain itu, Ismaliza berkata, Azan beberapa hari kebelakangan ini mengalami masalah sakit dada dan berpeluh.

“Disebabkan itu, kelmarin saya bawa dia ke Klinik Kesihatan Beranang. Di sana doktor maklumkan bacaan jantung dia tak stabil jadi doktor rujuk ke Hospital Kajang.

“Semalam dah buat scan, x-ray dan ambil darah. Jadi dari situ doktor mengesahkan simptom yang dia alami itu serangan jantung.

“Situasi jantungnya agak lemah semalam dan hari ini doktor rujuk pula ke Hospital Serdang untuk masukkan kamera untuk tahu bahagian mana yang tersumbat,” katanya.

Azan atau nama sebenarnya Noorhazan Rashid, 52, pernah menyertai program Gegar Vaganza musim kelapan pada 2021.

Dia meniti populariti bersama Scan menerusi lagu popular Kau Dipaksa Aku Terpaksa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya