Aktif sukan boxing, Eira Syazira akui tidak tahu sedang hamil - Utusan Malaysia

Aktif sukan boxing, Eira Syazira akui tidak tahu sedang hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi, Eira Syazira mendedahkan, dia hanya mengetahui diri sedang hamil cahaya mata ketiga ketika kandungannya telah berusia tujuh bulan.

Pengalaman itu dikongsikan Eira menerusi satu video di TikTok dan mengakui dia menyedari kehamilan tersebut selepas berlaku pendarahan akibat melakukan aktiviti senaman tinju atau ‘boxing’.

“Saya tak tahu saya tengah mengandungkan anak ketiga. Hari-hari saya boxing. Saya punya rumah kondo daripada tingkat 14, hari-hari selepas bersenam saya akan buat senaman macam lompat katak sampai tingkat 14.

“Sampai anak saya tujuh bulan dalam perut baru saya tahu ‘oh aku mengandung’.Ya Allah. Masa itu dah ada pendarahan keluar sebab saya main boxing apa semua.

“Saya tanya kenapa saya tak kurus-kurus masa itu. Kenapa susah sangat ini. Rupanya saya mengandung tujuh bulan, Suri Ratu tu dalam perut saya.

“Allah Maha Besar pergi periksa dia tengah menggeliat dalam perut. Bayangkan tujuh bulan saya tak tahu saya mengandung,”katanya.

Sementara itu, Eira memberitahu dia tidak menyangka akan hamil sekali lagi kerana baru saja melahirkan anak kedua secara pembedahan caesarean (czer).

“Sebab saya baru lepas melahirkan anak saya yang kedua dan masih menyusu anak saya dan bila menyusu memang haid jadi tak teratur. Saya baru setahun dan tak ada perancangan pun untuk ada anak nombor tiga waktu itu.

“Sudahlah anak nombor dua itu saya czer masih lagi rasa sakit luka. Bila buat pemeriksaan, dah besar dah sempurna dah. Menangislah, memang saya tak pernah alami perkar itu dan ia sangat-sangat terkejut waktu tu.

“Dan danlah bila dah tahu mengandung baru nampak perut itu besar, tapi saya teruskan juga boxing cuma tak agresiflah,”katanya.

Untuk rekod, Eira mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyampai radio, Azad Jazmin pada 16 September 2011 .

Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 10, Ameisya Leann Rose, 7, dan Areisya Suri Rose, 6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya