Walaupun tidak konsisten, saya tetap keluarkan banyak lagu - Indah Ruhaila - Utusan Malaysia

Walaupun tidak konsisten, saya tetap keluarkan banyak lagu – Indah Ruhaila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun pernah dilabel tidak konsisten dalam industri seni, penyanyi, Indah Ruhaila, bagaimanapun tidak pernah terfikir untuk menamatkan kerjayanya.

Malah, ketika dihubungi Utusan Malaysia, Indah berkata, dia tetap mahu meneruskan perjuangannya meskipun sudah berumahtangga dan bergelar seorang isteri.

“Kalau sebelum kahwin, saya memang boleh fokus sepenuhnya kepada kerjaya tetapi apabila sudah mendirikan rumahtangga, saya perlu fokus kepada dua perkara iaitu suami dan kerjaya.

“Namun begitu, suami faham sahaja saya ini seorang penyanyi tetapi saya masih perlu tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri,” jelasnya ketika dihubungi, semalam.

Indah juga berkata, dirinya sebelum ini pernah mengeluarkan banyak single lagu tetapi kurang mendapat sambutan.

“Sebenarnya, saya ada sahaja keluarkan single terbaru seperti ‘Indah’ tetapi banyak sangat halangan sehingga lagu itu tidak dimainkan di mana-mana tempat dan tidak dimasukkan ke dalam Spotify.

“Jadi ia sedikit sebanyak menyukarkan saya untuk mempromosikan lagu itu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Indah mengakui tidak putus harapan untuk mengeluarkan single baharu dengan konsep lebih segar selain yakin dapat memberi sambutan hangat dalam kerjaya seninya kelak.

“Saya akan rekod lagu terbaru dalam masa terdekat ini dan masih menunggu instrumen untuk masuk.

“Kalau yang kenal, mesti akan ingat saya asyik nak bawa lagu yang tinggi-tinggi sahaja bagai nak tercabut anak tekak.

“Tetapi, kali ini saya ambil keputusan untuk keluarkan lagu yang lebih santai dan Insya-Allah, hujung tahun ini lagu itu bakal dikeluarkan,” jelasnya.

Untuk info, Ruhaila, memulakan kerjayanya dalam industri nyanyian pada tahun 2008 dan pernah melancarkan album studio pertamanya yang menggunakan namanya sebagai album.

Indah juga telah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Shariff lima tahun lalu namun belum dikurniakan cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya