Syafiq, selamanya cinta untuk awak - Mimi Lana - Utusan Malaysia

Syafiq, selamanya cinta untuk awak – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seakan memberi gambaran perasaan yang terbuku di hati, pelakon, Mimi Lana, menitipkan ucapan penuh makna buat bekas tunangnya, Syafiq Kyle di Instagram, semalam.

Mimi membuat ucapan itu sempena ulang tahun kelahiran Syafiq yang ke-32 tahun pada hari ini.

Menerusi ucapan itu, Mimi meluahkan perasaan ‘sakitnya’ apabila menatap gambar-gambar mereka berdua yang masih ada di dalam galeri fotonya.

“Menatap galeri foto sempena hari istimewa awak ini membuatkan saya terasa ‘sakit’. Betapa masa telah berlalu tetapi awak tetap menjadi satu-satunya orang yang saya akan cari, di waktu susah senang.

“Cinta akan selamanya ada untuk awak meskipun takdir kita mungkin belum pasti. Selamat ulang tahun Bintangku dan kau selamanya kembarku,”tulis Mimi.

Ucapan itu kemudiannya menerima respons pelbagai daripada pengikutnya di media sosial.

Bagaimanapun, rata-ratanya mendoakan agar pasangan ini kembali menyatu dan melunaskan hasrat untuk mendirikan rumah tangga sebagaimana yang pernah dirancang sebelum ini.

Mimi dan Syafiq sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun namun hasrat untuk menyatu sebagai pasangan suami isteri terbantut apabila mereka membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun kedua-dua kini dilihat terus berbaik dan banyak terlibat sama dalam beberapa tawaran kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya