Soalan mengenai warna kulit anak paling 'tahi' sebenarnya - Uyaina Arshad - Utusan Malaysia

Soalan mengenai warna kulit anak paling ‘tahi’ sebenarnya – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, meluahkan rasa kesal apabila wujud kelompok atau individu yang tergamak bertanya dan membandingkan warna kulit anak kecil khususnya bayi yang baharu sahaja dilahirkan.

Bagi Uyaina, pertanyaan seperti itu tidak wajar diajukan selain hanya menunjukkan tahap pemikiran kurang cerdik seseorang individu.

“Soalan berkenaan warna kulit anak ini paling tahi ya sebenarnya. Anak orang warna kulit apa sekali pun, ada kacau hidup awak ke?

“Dah Tuhan nak beri warna kulit anak itu cerah ke, gelap ke, oren ke, kelabu atau hijau sekali pun, ada kacau atau memberi kesan kepada kehidupan awak ke?

“Tolonglah buang perangai buruk tanya soalan macam ini,”katanya.

Uyaina berkata demikian ketika memberi respons terhadap satu daripada soalan yang ditanyakan oleh pengikutnya di Instagram, semalam.

Terdahulu, Uyaina membuat sesi interaksi bersama pengikutnya dengan membuka ruang pertanyaan berhubung soalan apakah yang tidak wajar ditanya pada ibu yang baru bersalin di Instagramnya.

Selain itu, Uyaina juga tidak bersetuju dengan pertanyaan bersalin di hospital swasta atau kerajaan.

Katanya, soalan sedemikian turut sering diterimanya menyebabkan dirinya perlu memberi penjelasan.

“Soalan ini selalu saya kena juga. Lepas itu, bila saya beritahu saya bersalin di hospital kerajaan, ada orang tulis ‘artis pun bersalin di hospital kerajaan ?’

“Eh kenapa ya? Awak ingat kita tak bayar ke? Saya bersalin hospital mana sekali pun ada mengundang bencana kepada kehidupan awak ke?

“Suka hati oranglah nak bersalin mana dan cara apa. Awak kenapa?”tanya Uyaina.

Untuk info, Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan anak pertama, Raja Urhan yang kini berusia setahun manakala anak keduanya baharu sahaja dilahirkan pada Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya