KUALA LUMPUR : Pelakon, Afifah Nasir, 31, menafikan dakwaan bahawa dia membuat rawatan bagi mengubah bentuk wajah khususnya di bahagian rahang.
Menurut Afifah atau nama sebenarnya, Nur Afifah Md Nasir, selama ini dia hanya melakukan rawatan kulit wajah untuk menghilangkan parut jerawat sebelum ini, bukan mengubah bentuk muka semula jadi.
“Saya tak pernah melakukan sebarang rawatan untuk mengubah muka.
“Rawatan yang saya lakukan sebelum ini hanyalah berkaitan parut jerawat dan bagi mengekalkan kulit bebas jerawat,” katanya dalam Instagram, semalam.
Dalam perkongsian sama, adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu berkata, semua komen yang mendakwa dia melakukan rawatan atau pembedahan wajah adalah fitnah.
“Saya tak pernah buat muka, bibir atau sebagainya pada bahagian wajah.Jadi, kalau nampak orang komen mengenainya? Itu semua fitnah.
“Alhamdulillah walaupun tidak sempurna, saya gembira dengan apa yang dimiliki dan tak akan ubah wajah sendiri,” katanya.
Dia berkata demikian bagi menjawab pertanyaan netizen sama ada dia pernah melakukan sebarang rawatan kerana memiliki bentuk rahang yang cantik.
Afifah ada rahang yang cantik. Ada buat rawatan ke untuknya?” soal individu tersebut.
Sebelum ini, wajah Afifah juga pernah dikecam ramai kerana dikatakan terlalu kurus sehingga disamakan seperti Allahyarham Mona Fendy.