Pernah rugi beribu ringgit kerana scammer - Bell Ngasri - Utusan Malaysia

Pernah rugi beribu ringgit kerana scammer – Bell Ngasri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri, mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati apabila menerima sebarang kiriman mesej daripada individu yang meminta bantuan bagi mengelak terjebak dengan tipu helah scammer.

Menurut Bell, ini kerana perkara yang serupa pernah terjadi kepadanya selain tidak menyangka masih ramai individu tidak bertanggungjawab tergamak melakukan perkara seperti itu.

“Perkara ini sudah pun berlaku kepada saya beberapa tahun yang lalu dan sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka diluar sana tetapi tidak sangka berulang lagi.

“Sewaktu saya kena scam daripada ‘penyamar’ pelakon Mubarak Majid dahulu, tanpa selidik saya terus memasukkan duit yang diminta.

“Perkara itu sememangnya mendatang kerugian yang besar kepada saya setelah ketahui yang pihak tersebut adalah penyamar,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Selepas kejadian itu, kata Bell, dia sekarang tidak lagi dengan begitu mudah mempercayai mesej meminta bantuan kewangan daripada rakan selebriti atau sesiapa saja yang menghantar WhatsApp mohon dibantu.

“Saya sudah rugi beribu ringgit disebabkan scammer dan sehingga hari ini saya tidak mendapat sebarang pampasan daripada kerugian tersebut.

“Walaupun saya dapat mesej daripada kawan-kawan yang ingin meminta bantuan, saya akan terus buat panggilan terus supaya tidak ditipu lagi,” ujarnya.

Pada 2021, Bell menanggung kerugian RM1,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘scammer’ yang menyamar sebagai pelakon, Mubarak Majid yang kononnya mahu meminjam wang sebanyak itu.

Baru-baru ini pula, ketua kumpulan Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz menjadi mangsa aplikasi WhatsApp di telefonnya digodam oleh ‘scammer’ yang meminta meminjam wang daripada rakan artis dikenali kerana dalam kesusahan.

Penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris kerugian RM2,000 akibat lesap dikebas seorang lelaki menyamar sebagai Azadan yang mengirim mesej di WhatsApp mahu meminjam wang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya