Penantian 10 tahun Shah Iskandar tamat tahun hadapan - Utusan Malaysia

Penantian 10 tahun Shah Iskandar tamat tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penantian pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar untuk terus bermastautin di Malaysia bakal tamat apabila dia layak untuk memohon status ‘Penduduk Tetap’ atau Permanent Residence (PR) pada tahun hadapan.

Menurut Shah atau Shah Iskandar Mahfuz, 42, hasrat tersebut sudah lama dipendam bagi memudahkan urusan kerjaya seninya di sini.

“Tahun depan saya bakal memohon status penduduk tetap atau PR. Selepas 10 tahun membina kerjaya di sini saya akhirnya dapat peluang untuk memohon status tersebut. Insya-Allah, saya pun tak sabar nak uruskan semua supaya mudah untuk teruskan kerjaya di sini,”katanya.

Shah berkongsi perkara itu ketika sidang media drama Polis Peronda yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

Selain itu, kata Shah, sekiranya segala urusan tersebut selesai, dia tidak perlu berulang-alik dari Singapura ke Malaysia

“Sekarang ini saya pemegang status ‘Resident Pass’ atau RP, dengan pas itu memang kita boleh keluar masuk Singapura Malaysia setiap lima tahun.

“Awal-awal dulu saya nak keluar masuk Malaysia berulang kali terpaksa melalui proses cop pasport dan sebagainya.

“InsyaAllah, saya harap lulus memandangkan saya di Malaysia pun sudah masuk 15 tahun,”katanya.

Dalam pada itu, Shah berkata proses mendapatkan status itu memakan masa yang lama kerana dia memohon melalui proses yang telah ditetapkan.

“Tanpa ‘cable’ atau apa-apa bantuan, saya boleh memohon status tersebut secara sah. Saya nak buat dengan cara yang betul,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shah bakal membintangi sebuah drama bersiri berjudul Polis Peronda yang bakal bersiaran di TV3 bermula 28 Jun depan.

Membawakan watak utama iaitu Koperal Bani, Shah mengharapkan penglibatannya dalam drama ini membuka masyarakat terhadap kemampuanya menggalas karakter hero.

Lebih menarik, Shah turut berkongsi yang dia terpaksa menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) dalam masa tiga minggu bagi menjayakan watak Koperal Bani.

“Apabila dapat watak hero ini saya macam tak percaya dan tertanya sama ada ini ialah penyebab untuk diri saya setelah sekian lama berehat dari memegang karakter utama.

“Saya diminta untuk turunkan berat badan memandangkan saya merupakan hero drama ini, jadi saya usaha diet dari segi pemakanan

“Alhamdulillah saya berjaya turunkan berat badan dari 92 kilogram kepada 83 kilogram, walaupun terpaksa melalui kesukaran tapi saya bersyukur ia berhasil.

Drama terbitan Skop Production tersebut diarahkan Datuk Yusof Haslam dengan bantuan pengarah bersama iaitu Shafiq Yusof bakal ditayangkan setiap hari Khamis pukul 10 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya