Pelantikan Siti Nurhaliza di UMCced bukan sebagai ahli akademik

Pelantikan Siti Nurhaliza di UMCced bukan sebagai ahli akademik

siti nurhaliza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pakar Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced) bukan atas kapasiti akademik, tetapi hanya sebagai ikon.

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi ketika mempertahankan penyanyi itu di sebuah program stesen radio berkata, pelantikan Siti Nurhaliza yang dikecam netizen itu bukan sebagai profesor, ahli akademik mahupun tenaga pengajar di institusi berkenaan.

Sebaliknya kata alumni Universiti Malaya itu, ia sebagai ikon dengan tujuan mempromosi tentang pembelajaran berterusan.

“Universiti Malaya ada bahagian swasta iaitu UMCced, jadi mereka bersaing dengan universiti lain. Kemampuan mereka untuk mengambil Siti adalah atas usaha untuk bersaing dengan universiti lain,” katanya

Aznil turut menegaskan agar orang ramai yang mengkritik pelantikan Siti Nurhalia harus sedar bahawa isteri kepada usahawan Datuk Khalid Muhammad Jiwa itu bukan sebagai tenaga pengajar.

“Orang ramai yang mengutuk kata dia belajar tidak tinggi, kadang-kadang kita harus ingat bahawa dia tidak mengajar. Sekiranya dia mengajar mungkin tentang falsafah kehidupan, falsafah kemanusiaan kerana beliau aktif dalam aktiviti kemanusiaan.

“Bagaimana Siti mampu mengubah kehidupan daripada orang biasa sehingga menjadi nombor satu negara.

“Dalam industri setelah lebih 10 atau 15 tahun bekerja boleh dikira pakar kerana dia tidak membuat kerja lain selain kerja itu saja,” tambahnya.

“Saya dilantik sebagai profesor adjung dan dibenarkan mengajar bukan kerana saya popular, tetapi pelantikan itu atas kelayakan akademik dan juga pengetahuan serta kelayakan kepakaran bergiat dalam industri lebih daripada 20 tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN