Neelofa dikecam guna imej berunsur lucah promosi produk - Utusan Malaysia

Neelofa dikecam guna imej berunsur lucah promosi produk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Usahawan selebriti, Neelofa menjadi bahan kritikan ramai apabila menggunakan imej berbaur lucah atau ‘soft porn’ bagi mempromosikan produk yang boleh mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Instagram produk tersebut iaitu @nilofagroup, imej buah pic yang digunakan dikatakan cuba digambarkan menyerupai alat sulit wanita.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengecam teknik pemasaran sebegitu yang dianggap tidak sensitif kerana menggunakan mesej tersirat.

Bukan itu sahaja, penggunaan imej sebegitu dalam bahan promosi juga dikatakan tidak bersesuaian dengan imej Neelofa sebagai wanita berpurdah.

Kenapa guna gambar begini? Malu nak tengok dan boleh guna pendekatan lain. Neelofa sebagai peniaga Muslimah sepatutnya lebih sensitif.

“Jijik dan tak sesuai dengan penampilan Neelofa. Tidak ada rasa malu ke?” selar netizen.

Sekadar info, isteri kepada Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz iaitu Noor Neelofa telah melancarkan produk keintiman untuk hubungan suami dan isteri pada September lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya