'Nadia' tawar RM15,000 jika saya temani 'Datuk' itu - Puteri Sarah

‘Nadia’ tawar wang sebanyak RM15,000 jika saya temani ‘Datuk’ itu – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendedahkan pernah ditawar individu yang didakwa menyamar sebagai rakannya, pelakon Nadia Brian untuk menjadi ‘peneman’ seorang lelaki berpangkat ‘Datuk’ dengan habuan berjumlah RM15,000.

Menurut Sarah, sebagai seorang yang rasional, tentunya dia terkejut dan menolak tawaran itu sambil menegaskan dia tidak berminat melakukan aktiviti tidak bermoral seperti itu.

“Baru-baru ini, saya terima mesej daripada individu yang mengaku dirinya Nadia dan bertanya mengenai jadual kerja saya.

“Pada mulanya, saya layan kerana menyangka itu memang Nadia. Tetapi saya mula sedar sesuatu yang pelik apabila ‘Nadia’ minta saya bertemu dengan seorang lelaki berpangkat ‘Datuk’ dari Johor Baharu dan habuannya, saya menerima wang sebanyak RM15,000.

“Saya sangka lelaki yang dimaklumkan itu adalah penerbit. Saya mula rasa tidak sedap hati apabila individu terbabit letak syarat ‘no video no photo’ (tidak dibenar merakam video atau foto pada perjumpa itu),”katanya.

Sarah berkata demikian sewaktu ditemui pada sidang media drama Polis Peronda di Sri Pentas, kelmarin.

Sementara itu, bagi mendapatkan kepastian, Puteri Sarah menghubungi Nadia dan terbukti, individu terbabit adalah ‘scammer’.

“Disebabkan ‘blur’, saya tidak periksa betul-betul adakah nombor itu milik Nadia. Saya cuma nampak dia menggunakan foto Nadia. Semasa saya hubungi Nadia, dia beritahu, nombor telefon peribadinya berbeza dan tidak pernah menggunakan nombor lain,” katanya.

Bimbang kegiatan ‘scammer’ itu berlarutan, Puteri Sarah yang membintangi drama Andai Itu Takdirnya membuat laporan polis.

“Kebetulan saya sedang jalani penggambaran Polis Peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. Jadi, saya terus buat laporan polis di tempat yang sama.

“Pihak polis pun banyak membantu dan mengesahkan itu perbuatan ‘scammer’ yang mencuri maklumat daripada telefon milik Nadia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN