Menyesal ambil dadah, kadang-kadang saya buat pilihan buruk dalam hidup - Cliff Umar - Utusan Malaysia

Menyesal ambil dadah, kadang-kadang saya buat pilihan buruk dalam hidup – Cliff Umar

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2022 - Sidang media Kolaborasi Indonesia-Malaysia-Singapura bersama Man Kidal, Yazid Love Hunter, Lola XPDC dan Cliff Umar di Hard Rock Cafe di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/PEMBERITA - HANISAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mencetuskan kontroversi bersabit penyalahgunaan dadah, penyanyi yang juga juara program Gegar Vaganza musim ke-7, Cliff Umar, mengakui menyesali melakukan kesilapan tersebut.

Cliff atau Abdullah Umar Joseph, 42, berkata, tindakannya mengambil dadah adalah keputusan terburuk yang pernah dilakukannya.

“Hanya Tuhan sahaja tahu saya menyesalinya.Jika anda ingin tahu kenapa saya buat perkara itu, saya sama seperti anda semua. Kadang-kadang saya buat pilihan buruk dalam hidup,” katanya dalam satu hantaran di Instagram kelmarin.

Dalam pada itu, Cliff turut berkongsi mengenai detik dia ditahan atas kesalahan memiliki dadah jenis heroin pada 26 Mei lalu dan menganggap ia adalah satu tamparan untuk dia mengubah hidupnya.

Pada masa yang sama, Cliff turut menasihati masyarakat agar tidak mendekati najis dadah kerana ia bukan sahaja merugikan tetapi akan dimalukan seperti seorang penjenayah.

“Jangan ambil dadah! Melainkan anda nak dimalukan seperti seorang penjenayah dan terpampang di media sosial serta berita nasional.

“Ini adalah petanda untuk saya berubah menjadi lebih baik. Ini semua adalah terbaik untuk saya tinggalkan semua ini dan memulakan hidup baru,” jelasnya.

Penyanyi itu turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya iaitu Anita kerana sentiasa memberi sokongan ketika dia berdepan dakwaan memiliki bahan terlarang.

Malah, Cliff memberitahu dia pastinya akan buntu jika tanpa kehadiran isteri di sisinya.

“Jika tidak kerana awak (isteri), mungkin saya sudah tiada. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Saya tidak akan kecewakan awak lagi,” ucapnya.

Pada Khamis lalu Cliff mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam kerana memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram.

Cliff ditahan pihak berkuasa di Subang Jaya atas kesalahan tersebut.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan 31 Julai depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya