Menahan sakit, Zara Zya akui masih belum mampu menangis - Utusan Malaysia

Menahan sakit, Zara Zya akui masih belum mampu menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seakan memberi gambaran bahawa dirinya sedang menanggung beban derita, pelakon, Zara Zya, 39, mendedahkan masih belum mampu menangis mengenang sakit yang dihadapinya kini.

Meluahkan perkara itu di platfrom Threads, Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, sejak mendapat tahu mengenai penyakit yang dihadapi, dia masih belum berpeluang duduk bersendirian dan menangisi keadaan dirinya.

“Dari hari pertama aku tahu tentang sakitku, aku masih belum mampu untuk berteriak. Setakat ini, hanya satu titis air mata yang jatuh.

“Ini semua sebab aku masih belum berpeluang untuk bersendirian. Inilah yang dikatakan kuat?”katanya.

Sebelum itu, Zara juga meluahkan pandangan bahawa menerima sesuatu perkara atau ujian itu dengan reda adalah tidak mudah bagi sesetengah orang.

“Reda ini berat. Bila kita cakap kita reda dengan apa Allah beri. Bukan setakat cakap di mulut, hati pun mesti ikhlas sekali.

“Ikhlas terima aturan Allah. Tak ada rungutan. Tak ada rasa terbeban. Kita lepaskan kehendak hati, kita serahkan semuanya kepada Dia,”katanya.

Luahan yang dibuat Zara itu kemudiannya dihujani dengan pelbagai komen daripada pengikut yang turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.

Pada 27 Mei lalu, Zara dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas dikesan menghidap sindrom serviks facet dan sindrom lumbar facet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya