Memalukan bila anda hanya anggap semua orang Filipina itu 'bibik' - Yazmin Aziz - Utusan Malaysia

Memalukan bila anda hanya anggap semua orang Filipina itu ‘bibik’ – Yazmin Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pempengaruh, Yazmin Aziz, 23, menangkis sindiran buruk segelintir pengguna media sosial yang cuba mengutuk dan menggelarnya dengan panggilan bibik yang merujuk kepada pekerjaaan pembantu rumah.

Bagaimanapun, berbanding ‘bergaduh’ dengan netizen, Yazmin yang berdarah kacukan Melayu-Filipina berkata, dia lebih selesa memilih untuk mendidik orang ramai dalam menangani tanggapan sinikal seperti itu.

“Ada orang cuba menghina saya hanya kerana berdarah Filipina. Ya, memang saya boleh sahaja tak melayan komen-komen begitu tetapi saya pilih untuk gunakan platform media sosial ini untuk mendidik mereka.

“Sudah menjadi kebiasaan untuk orang mudah stereotaip warga Filipina. Tetapi bagi saya, perkara ini harus diubah,”katanya dalam satu hantaran di Instagram, semalam.

Selain itu, dalam satu hantaran video, bekas peserta program Big Stage musim keempat ini melontarkan hujahnya mengenai warga Filipina yang tidak cuma bekerja sebagai pembantu rumah.

“Hanya kerana saya berdarah Filipina, amat memalukan bila awak hanya fikir semua warga negara itu adalah bibik. Awak tahu tak, ramai orang Filipina yang menggalas kerja profesional di seluruh dunia termasuk di negara-negara besar.

“Baik jururawat, jurutera, kami juga ada artis bertaraf dunia seperti Bruno Mars, peninju terbaik dunia, Manny Pacquiao. Tetapi yang jelas, awak ini terlalu mudah meletakkan pandangan stereotaip terhadap kami,”katanya.

Tambah Yazmin, dia juga tahu meskipun ramai warga Filipina bekerja sebagai pembantu rumah di negara luar, kebanyakkan antara mereka adalah golongan terpelajar.

“Memandangkan awak sebut mengenai pembantu rumah, kalau nak tahu, sesetengah mereka sebenarnya adalah golongan terpelajar. Ada yang merupakan lepasan perguruan, pengasuh dan sebagainya.

“Walaupun mungkin sekadar bekerja sebagai pembantu rumah, tetapi mereka menggalas tugas yang sangat mulia dan bertanggungjawab yang mana tentunya, mereka ini layak untuk turut dihormati dengan sama rata.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk awak cuba ada kawan warga Filipina, cuma mungkin awak yang tak boleh bercampur dengan kami bila awak sedar betapa bijak, berbakat, mesra dan berperangai lebih baik berbanding diri awak,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya