Marsha Milan sedia kembangkan nama di Asia - Utusan Malaysia

Marsha Milan sedia kembangkan nama di Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Marsha Milan, tidak menyangka 2024 menjadi tahun tuah buatnya apabila ditawarkan kolaborasi bersama artis dan komposer dari pelbagai negara.

Selepas disunting band popular asal Kanada, Music Travel Love, Marsha kini dalam perancangan bekerjasama dengan komposer dari Korea Selatan yang masih dirahsiakan namanya.

“Pihak pengurusan kami baru sahaja melakukan mensyuarat di pejabat.

“Apa yang boleh saya katakan, semuanya masih dalam peringkat perbincangan awal. Belum lagi memasuki proses rakaman.

“Tapi setakat ini, Alhamdulillah semuanya berjalan baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Selain itu, peluang membuat persembahan di Shanghai, China pada bulan lalu telah membuka jalan buat penyanyi Hening Rindu itu untuk lebih dikenali.

“Sepanjang lima hari di China, saya dapat ramai kenalan dan berjumpa pempengaruh di sana. Berada dalam platform media sosial mereka sedikit sebanyak membantu saya untuk lebih dikenali dalam kalangan penduduk Shanghai.

“Malah, saya juga menerima beberapa tawaran dari China. Namun sekali lagi, masih terlalu awal untuk saya kongsikan.

“Apapun, berada di China ialah pengalaman yang baik dan seronok melihat pengunjung hadir menikmati muzik dan budaya Malaysia,” katanya.

Menjelang umur 38 tahun, naib juara Anugerah Juara Lagu ke-36 itu tidak mahu berlengah sekiranya diberi peluang untuk melebarkan sayap ke peringkat Asia.

“Sebenarnya untuk usia ini, saya sudah banyak kali fikir cara besarkan nama dalam industri seni. Saya ambil sahaja peluang yang ada.

“Mana-mana rezeki yang datang semestinya saya akan buat yang terbaik. Impian untuk ‘takluk’ negara Asia, saya serahkan kepada Allah yang memberi rezeki.

“Namun begitu, setiap peluang yang datang saya sangat bersyukur. Saya juga terkejut apabila menerima banyak tawaran sehingga hari ini,” tambahnya.

Terdahulu, pada Mei, Marsha Milan menjadi satu-satunya penyanyi Malaysia yang diterbangkan ke Shanghai, China oleh Malaysian Tourism untuk membuat persembahan selama lima hari.

Manakala pada April, Marsha membuat kejutan apabila mengumumkan bakal berkolaborasi dengan penyanyi terkenal Kanada, Music Travel Love atau The Moffats.

Marsha juga menjadi penyanyi jemputan untuk Konsert Jelajah Asia Music Travel Love pada bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya