Man Raja Lawak tak kisah dianggap kurus sebab mahu 'job' - Utusan Malaysia

Man Raja Lawak tak kisah dianggap kurus sebab mahu ‘job’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak dan pelakon, Man Raja Lawak atau Abd Rahman Kasim mengakui, perubahan fizikal yang dilakukannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah satu usahanya untuk meraih lebih banyak peluang kerja dalam bidang seni hiburan.

Menurut pelawak berusia 46 tahun itu, pada masa yang sama, sekurang-kurangnya perubahan yang dilakukan memberi impak yang positif daripada aspek kesihatan dan ketenangan buat dirinya.

“Walaupun orang kata saya kurus sebab nak dapatkan kerja, itu semua adalah rezeki.Bagi saya, rezeki itu semua datang daripada Allah. Saya hanya buat apa yang mendatangkan ketenangan bagi saya.

“Saya memang nak kerja dan apa sahaja peluang yang datang, saya akan ambil mengikut kesesuaian. Mahu atau tidak, saya kena pastikan diri berada dalam keadaan sihat supaya dapat bekerja dan menyara keluarga,”katanya.

Selain itu, Man juga mengakui pendapatan bulanannya kini jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Rezeki dari Allah, rezeki tak sebesar orang lain tapi sekarang Alhamdulillah, kadang-kadang gaji sebulan sewaktu bekerja di pejabat pos hanya RM4,000.

“Sekarang gaji dulu saya boleh dapat dalam masa sejam. Kadang-kadang sebulan itu lebih dari itu, dulu kereta kecil sekarang kereta besar, dulu nak bayar harga RM400 pun seksa, sekarang dah boleh lebih dari itu,” katanya.

Dalam pada itu, Man tidak menolak, ada kalangan peminat yang masih menyukai bentuk tubuh badannya yang lebih berisi seperti dahulu berbanding sekarang kerana ia dianggap lebih lucu.

“Ada yang cakap masih sukakan bentuk tubuh badan saya yang lama sebab itu lagi kelakar.Waktu Raja Lawak musim kelima tak sebesar itu pun, biasa-biasa sahaja. Tapi masih saya ingat, sewaktu badan berisi, saya tak jaga pemakanan dan kesihatan.

“Bila makan sedap, memang saya makan berlebihan. Saya akui, waktu tu gila makan, saya tak jaga badan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya