Kelahiran keempat ini momen terindah buat saya - Natasha Hudson - Utusan Malaysia

Kelahiran keempat ini momen terindah buat saya – Natasha Hudson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Natasha Hudson meluahkan rasa syukur apabila selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah hospital swasta di Petaling jaya pada Rabu lalu.

Berita gembira itu dikongsikannya melalui Instastorynya (Igs) semalam selain mendedahkan, pengalaman melahirkan anak keempatnya ini merupakan momen paling bermakna buatnya selepas 9 tahun tidak mengandung dan bersalin.

“Satu lagi hikmah, saya bersyukur atas kehadiran seorang lagi bayi. Membawa seorang manusia ke dunia ini adalah perasaan dan pengalaman terbaik sekali lagi.

“Ia juga mengingatkan saya tentang keindahan dan keajaiban hidup itu sendiri.

“Saya tak sabar untuk menghargai setiap detik berharga, dari tendangan kecil pertama hingga kenangan yang tidak terkira yang akan kita cipta bersama sebagai sebuah keluarga,”katanya.

Terdahulu, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali, dan memiliki tiga orang anak iaitu Neesa Helena, Naeema Khaleela dan Faatimah.

Pada 2022, Natasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Harits Jasmin atau lebih mesra disapa Jay Jasmin dan kini dikurniakan seorang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya