Jangan tunjuk pandai, rupa paras pelakon bukan isu utama - Ahmad Idham - Utusan Malaysia

Jangan tunjuk pandai, rupa paras pelakon bukan isu utama – Ahmad Idham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berpendapat rupa paras dan populariti pelakon sebagai watak utama bukanlah jaminan sesuatu naskhah diterima penonton.

Jelas Idham, naskhah yang berjaya bergantung kepada kesesuaian watak dan kebolehan pelakon menghidupkan karakter yang dibawa.

“Sebagai pembikin filem dan penerbit, secara peribadi, saya melihat kebolehan dan kesesuaian pelakon itu membawakan sesuatu watak.

“Saya tidak nampak rupa paras pelakon menjadi isu yang perlu diperdebatkan sebaliknya keupayaan pelakon membawakan watak.

“Ramai sahaja pelakon kacak tapi mutu lakonannya ‘kelaut’, gagal membuat penonton percaya kepada watak tersebut. Tapi itu kita tidak berani bahaskan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Idham berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan penerbit yang mengatakan penonton Malaysia cenderung menonton naskhah yang dibintangi pelakon popular dan kacak.

Pengarah Saka Perawan itu juga menafikan stesen televisyen hanya memandang rupa semata-mata untuk memberi kelulusan tayangan di platform mereka.

“Setiap watak yang dihasilkan perlu mendapat kebenaran bersama produksi dan stesen televisyen.

“Saya tak pernah dengar pelakon drama slot televisyen ditentukan berasarkan kepada wajah dan rupa tanpa mempertimbangkan watak yang dibawanya.

“Jadi saya rasa mungkin yang berbicara itu hanya nak tunjuk pandai sahaja, saya tidak tahulah.

“Saya tidak setuju hanya wajah kacak sahaja sesuai untuk semua watak. Kita kembali kepada watak dan mutu lakonan,” katanya.

Tegasnya lagi, penonton hari ini sudah bijak menilai karya dan kritikan yang dilemparkan selalunya berkait rapat dengan kreadibiliti seseorang pelakon.

“Penonton hari ini bukan seperti dulu, mereka hayati watak yang dilakonkan pelakon.

“Kalau watak dilakonkan, tidak kiralah muka macam mana sekalipun, jika berjaya menjentik jiwa, penonton akan suka.Inilah hakikat sebenar penonton Malaysia,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar perbualan seorang penerbit yang mengkritik drama Metro Crime Series kerana menampilkan penggiat seni dan teater, Aloy Paradoks sebagai watak utama.

Hantaran di platform X itu telah menimbulkan perbincangan dalam kalangan penggiat seni dan peminat yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan penerbit yang tidak didedahkan namanya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya